Umur 40 tahun

PROGRAM KEROHANIAN FSSH 2022, SIRI 117: Bila Usia 40 Tahun ~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15

Apabila seseorang berumur 40 tahun, sekiranya mempunyai tabiat, perangai dan tingkah laku sama ada ke arah kebaikan atau ke arah keburukan, tabiat, perangai dan tingkah lakunya itu menjadi lebih mencabar untuk berubah (Ibnu Kathir, terhadap terjemahan ayat Surah Al-Ahqaf: ayat 15).

Seeloknya, perlu menghafal dan mengamalkan bacaan doa yang dinyatakan dalam ayat 15 (Surah Al-Ahqaf). Ini adalah doa Nabi Daud AS.

Doa Ketika Berumur 40 Tahun

Akan tetapi tidak semestinya perlu menunggu umur mencecah 40 tahun baru mengamalkan doa tersebut. Doa tersebut boleh dibaca oleh orang yang telah mencapai usia dewasa.

Ayat itu diturunkan disebabkan oleh bacaan doa Saidina Abu Bakar RA ketika beliau memasuki umur 40 tahun. Berkat doanya itu, seluruh ahlinya menjadi Muslim (ayahnya, anak-anaknya). Terdapat juga pandangan ayat ini diturun disebabkan oleh tiada peristiwa yang khusus.

Ayat ini mempunyai tiga intipati:

1) Berbuat baik kepada ibu bapa: Berbuat baik kepada ibu bapa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

2)Tentang umur 40 tahun: Ketika berumur 40 tahun, keadaan hidup bagi sebahagian orang mungkin telah mencapai tahap yang lebih baik. Contoh: Mungkin keadaan ekonomi dan status sosial makin baik. Tetapi, ianya menjadi cabaran dalam memastikan diri masih lagi fokus kepada berbuat baik kepada ibu bapa. Umur 40 tahun juga adalah batas kematangan dan keunggulan (ini merujuk kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW yang menerima wahyu pada usia 40 tahun). Ada pendapat menyatakan bahawa bukan sahaja Nabi Muhammad SAW menerima kenabian pada usia 40 tahun tetapi ada juga nabi lain yang menerima kenabian pada usia 40 tahun juga. Muhasabah diri amat penting terutama dalam apa yang yang telah dilakukan dan apa yang ingin dilakukan. Solat istiharah penting dalam memohon Allah SAW supaya memberikan laluan dan mempermudahkan urusan ke arah kebaikan. Muhasabah juga terhadap apa yang berlaku pada diri kita dan pada orang lain sebagai ibrah atau iktibar kepada diri sendiri. Bagi yang telah menginjak kaki ke usia 40 tahun, perlu mengambil peluang untuk melakukan sebanyak mungkin sumbangan sebagai bekalan diri kita (Prof Ajmain menggunakan istilah mewariskan pengetahuan dan pengalaman sebagai sumbangan dan manfaat yang ditinggalkan kepada orang lain). Kita perlu perbaharui dan meningkatkan amalan kebaikan, dan mengurangkan (meninggalkan) amalan yang buruk (kena muhasabah diri tentang apakan tindakan kita yang mengarah ke arah amalan buruk)

3) Doa: Perbanyakkan doa Surah Al Ahqaf: ayat 15. Antara intipati doa tersebut ialah, kita perlu mensyukuri dengan apa yang kita ada. Contoh: Bagi yang belum mendapat kenaikan pangkat, jangan lihat apa yang Allah SAW tidak kurniakan kepada kita. Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Allah SAW lebih mengetahui di atas kurniaan dan nikmat yang diberikan kepada kita. Mungkin dengan tiada kenaikan pangkat itu, Allah SAW ingin kita lebih dekat denganNya. Kita perlu memohon dari Allah SAW dengan nikmat sedia ada yang dikurniakan kepada kita akan lebih mendekatkan diri kepada Allah SAW, terutamanya nikmat yang paling besar ialah nikmat Iman. Nikmat sihat dan sebagainya adalah nikmat sampingan yang Allah SAW beri kepada kita dan juga orang lain (meskipun mereka belum lagi mendapat hidayah dari Allah SAW). Nikmat diberikan iman adalah suatu kurniaan yang paling istimewa. Kita juga perlu berdoa dan mengharapkan keturunan kita menjadi individu yang soleh (ada doa lain seperti doa dari surah Al-furqan: ayat 74 dan surah Ibrahim: ayat 35-37).

Doa dimudahkan urusan

There are some doa to seek for Allah guidance and blessing to ease our business or activity.  

1) Surat Al-Kahfi, Ayat 10 (Doa Ashabul Khafi)

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”

2) Surat Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa AS)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”

3) Surat Al-Baqarah, Ayat 286

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

4) Surat Al-Anbiya, Ayat 87 (Doa Nabi Yunus)

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya, “…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

5) Surat Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Kursi)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur.

KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Read this prayer when we are afflicted with calamity [Doa ditimpa musibah]

It has been 5 days since my cat (Batman) went missing on Sunday 9 June 2019.  I try very hard not to cry because I am having on-off fever.  Feeling feverish at certain time but feeling better after taking medication.   So, even though I search for him around the house (up to the neighbours’ houses), I still could not find him.  Robyn (Batman’s sister) seems to know that he is missing.  She does not want to eat her biscuit when I feed her every morning.  She will linger around and lie down instead.  Only after I leave her alone, she will eat. 

I try to search any prayer to find my missing cat.  Well, there is no specific prayer but I found this instead.  A prayer that Rasullullah SAW taught Ummu Salamah’s husband and he later taught her this prayer.   She lost her husband in the battle of Uhud.  She later married Rasullullah SAW and became one of the important people to narrate his hadith.  

Batman went missing is a tragedy for me.  Why?  I am so used of having him to bug me when I am doing my work or chores around the house.  He would always linger around me, nearby.  I really hope I will find him soon and he would be back to bug me again.