Tatacara solat duduk_Bahagian 3: Cara solat orang yang mampu berdiri sebentar sahaja

3.0 Cara Solat Orang yang Mampu Berdiri Sebentar Sahaja:

(1) Berdiri tegak

(2) Lakukan Takbiratul Ihram berserta niat seperti biasa

(3) Baca Fatihah

(Jika dia tak kuasa berdiri lagi ketika sedang baca Fatihah, atau dia cuma dapat berdiri sekadar Takbir, maka dia harus duduk atas lantai dan sambung solatnya.)

*Peringatan semula :*
*Jangan terus duduk atas kerusi. Jika mampu duduk di atas lantai dan sempurnakan solat, maka WAJIB duduk di atas lantai.*

(4) Sambung bacaan Fatihah sehingga selesai.

(jika bacaan Fatihah terhenti lama, mesti baca semula Fatihah dari awal kerana telah hilang muwalat)

(5) Untuk ruku’ bongkokkan / tundukkan badan ke hadapan sekira-kiranya hampir dengan lutut jika mampu. Jika tak mampu bongkok ke paras tersebut, ikut kemampuan sahaja.

(6) Sujud atas lantai seperti biasa

(7) Duduk antara dua sujud

(8) Sujud kedua

(9) Bangun duduk tegak untuk rakaat kedua

Selepas ini, jika dia tak mampu bangun semula, dia harus teruskan solat sambil duduk di atas lantai sehingga selesai solatnya.

Catitan :
Pada bila-bila masa, jika dia tak mampu sujud dengan meletakkan dahi di atas lantai, maka tatacara melakukan ruku’ dan sujud adalah seperti berikut :

— Untuk ruku’ bongkokkan badan sedikit ke hadapan
— untuk sujud bongkokkan badan lebih rendah dari paras ruku’ tadi

Perkara ruku’ dan sujud didalam keadaan masyaqqah (kepayahan) ini adalah mengikut kemampuan masing-masing. Jika seseorang hanya mampu bongkokkan badan sedikit, maka atur supaya paras ruku’ dan sujud itu dibezakan ;

*Paras sujud mesti sentiasa lebih rendah dari paras ruku’*

 

Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6, bahagian 7 dan bahagian 8.  

Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.