4.0 Cara Solat Orang Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Duduk di Atas Lantai (tidak perlu duduk di atas lantai):
(1) Berdiri tegak
(2) Lakukan Takbiratul Ihram berserta niat seperti biasa
(3) Baca Fatihah
(4) Ruku’ seperti biasa
(5) I’tidal seperti biasa
(6) Untuk sujud bongkokkan badan lebih dari paras ruku’ tadi
(7) Berdiri tegak semula dengan isyarat dan niat duduk antara dua sujud
(8) Sujud kedua — sama seperti perkara (5) di atas.
(9) Berdiri tegak untuk rakaat kedua
(10) Ulangi semua seperti di atas.
(11) Untuk tahiyyat awal dan tahiyyat akhir serta bacaannya, solawat atas Nabi pada penghujung Tahiyyat, kemudian salam .. semua ini di lakukan di dalam keadaan berdiri (kerana tak mampu duduk di bawah)
*Peringatan :*
i. Sepertimana kita sudah jelaskan, semua hal keadaan Ini bagi orang yang tak mampu duduk atas lantai.
ii. Selalu ingat hal keadaan ruku’ dan sujud bagi orang didalam masyaqqah (kepayahan) :
-Untuk ruku’ bongkokkan badan sedikit ke hadapan
-Untuk sujud bongkokkan badan lebih rendah dari paras ruku’ tadi
(Wajib dibezakan paras ruku’ dan sujud )
*Perhatian penting – Kesalahan Sering Terjadi:*
Kesalahan yang sering dilakukan oleh orang yang tak mampu sujud di atas lantai seperti biasa, ialah dia ruku’ sambil berdiri kemudian untuk sujud, dia duduk atas kerusi dan bongkok badan ke depan. Ini cara yang salah dan batalkan solat kerana paras ruku’ dan sujud menjadi sama. Sujud semestinya kena lebih daripada paras ruku’.
Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 5, bahagian 6, bahagian 7 dan bahagian 8.
Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????