Modul 5: Kaedah dan teknik pembacaan pruf
A) Kaedah tradisional: Salinan cetak teks (hard copy) dan alat penanda seperti pen, pembesar dan pembetulan tulisan secara fizikal.
Ciri-ciri manual:
- Salinan cetak
- Penanda fizikal: Pen merah. Pensil tidak digalakkan kerana ianya boleh dipadam.
- Pembetulan secara langsung
- Membaca secara perlahan: secara berhati-hati dan dilakukan dengan teliti. Semak ayat/istilah dalam gambar/graf dan sebagainya.
Kelebihan kaedah manual
- Pengalaman
- Konsentrasi lebih tinggi
- Penggunaan simbol yang jelas
Kekurangan kaedah manual
- Proses yang lebih lambat
- Tindak balas yang terhad: Perlu dikemas kini pada versi digital
- Kos dan sumber: memerlukan kertas dan alat penulisan fizikal.
B) Kaedah digital: Salinan dalam bentuk digital yang mudah untuk diubah atau diedit.
Ciri kaedah digital:
- Teks digital
- Perisian pembetulan
- Kemudahan penandaan digital
- Kecepatan pembacaan
Kelebihan kaedah digital
- Kemudahan akses
- Penyimpanan dan akses mudah
- Kolaborasi mudah antara pembaca pruf dan penyunting
Kekurangan kaedah digital
- Keterbatasan pembetulan automatik
- Gangguan teknologi
- Ketergantungan kepada teknologi
Saranan software: InDesign (RM66.50 sebulan), Reedsy Book Editor (USD4.99 per month https://reedsy.com/studio/write-a-book)