8.0 Cara Solat Sunnat di Atas Lantai (duduk):
Pada keseluruhan perbahasan di atas, Solat yang dibicarakan adalah *Solat Fardhu*. Ada pun Solat Sunnat maka diharuskan sambil duduk atas lantai. Walau bagaimana pun pahalanya separuh.
Maksudnya adalah :
Jika seseorang yang sihat badannya dan mampu solat seperti biasa ; dengan berdiri, ruku’ dan lain2 dengan sempurna, tetapi dia *Solat Sunnat* sambil duduk, maka pahalanya separuh dari orang yang kerjakan solat sunnat seperti biasa berdiri, ruku’ dan sujud dll
Lain halnya jika dia menanggung kesakitan dan tidak mampu berdiri , lalu dia pun solat sunnat sambil duduk, maka pahalanya tetap penuh seperti orang yang solat berdiri, ruku’, sujud seperti biasa.
*Rujukan :*
_
Minhaj — Imam Nawawi
Tuhfah — Imam Zakariyya Al-Ansari
Fathul Mu’in — Imam Zainuddin Al-Malbary
Sabil-Al- Muhtadin — Imam Ash-Shaikh Muhammad Arsyad Al Banjari
Fiqh Imam Syafi’ie — Shaikh Wahbah Zuhaili
Nota: Sambungan huraian bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6 dan bahagian 7
Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????