Fasa Peneguhan Konsep ialah fasa murid meneguhkan kefahaman mereka tentang konsep yang dipelajari melalui aktiviti pembelajaran selepas penerangan oleh guru di fasa Pengembangan Konsep. Oleh yang demikian, penulisan penerangan fasa ini perlu menonjolkan bagaimana aktiviti itu “mengunci” konsep. Penulisan Peneguhan Konsep bergantung kepada jenis aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan. Terdapat beberapa aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan bergantung kepada kesesuaian tajuk. Durasi: 7 minit
- Aktiviti Bersifat “Synthesis” (Sintesis)
Murid tidak hanya menyebut fakta, tetapi menggabungkan fakta menjadi satu kesimpulan.
Saranan Penulisan: “Dengan menggunakan aktiviti Think-Pair-Share (elemen kolaboratif), murid secara berpasangan (2-3 orang murid) mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk membina satu hujah sokongan mengapa bahan tertentu dipilih berdasarkan sifatnya (elemen Justifikasi). Hasil perbincangan dipersembahkan dalam bentuk Peta Pemikiran (Concept map) atau Lakaran Grafik (visualisasi) di atas kertas lembaran kerja untuk memperkukuh perkaitan antara sifat fizikal bahan dengan fungsinya”
- Aktiviti Bersifat “Peer-Teaching” (Bimbingan Rakan Sebaya yang melebihi 3 orang. Bilangan ahli: 4-5 orang)
- Nota: Aktiviti ini memakan masa. Sesuai digunakan bagi sesi PdPC berdurasi 60 minit. Fasa Peneguhan Konsep berdurasi 10-15 minit sekiranya PdPC berdurasi 60 minit.
Ini adalah peneguhan paling kuat. Apabila murid menerangkan kepada rakan, konsep mereka sendiri menjadi lebih kukuh.
- Nota: Aktiviti ini memakan masa. Sesuai digunakan bagi sesi PdPC berdurasi 60 minit. Fasa Peneguhan Konsep berdurasi 10-15 minit sekiranya PdPC berdurasi 60 minit.
Saranan Penulisan: “Melalui aktiviti ‘One Stay, Three Stray’ (elemen Kolaboratif), murid yang tinggal di kumpulan bertindak sebagai pakar untuk meneguhkan kefahaman rakan menerusi rujukan Peta Pemikiran atau Infografik (elemn Visualisasi) yang telah dihasilkan. Pakar membentangkan hujahan sokongan (elemen Justifikasi) mengenai pemilihan bahan binaan yang paling lestari, manakala ahli kumpulan lain mencatatkan maklumat baharu pada nota mereka.”
- Aktiviti Bersifat “Comparison” (Perbandingan)
Peneguhan berlaku apabila murid perlu membezakan dua perkara yang hampir sama.
Saranan Penulisan: “Melalui aktiviti ‘Table Talkers’ (elemen Kolaboratif), murid membandingkan kesan jangka panjang penggunaan plastik berbanding kayu menggunakan Kad Banding Beza (elemen Visualisasi). Murid membina justifikasi pemilihan bahan paling lestari berdasarkan impak alam sekitar sebelum merumuskan dapatan mereka kepada kelas (elemen Justifikasi)”.
Nota: Table talkers memerlukan penyediaan kad Kad Table Talkers (kad arahan/soalan) untuk diletakkan di tengah meja setiap kumpulan. Ianya boleh dilaksanakan dalam ruangan yang terhad dan tidak memerlukan pergerakan murid. Ianya sesuai bagi tajuk yang memerlukan murid membuat pembandingan. Oleh yang demikian, kad arahan boleh disesuaikan seperti berikut:
Kad A (Ciri): “Bandingkan ketahanan kayu dan plastik terhadap cuaca.”
Kad B (Impak): “Antara kayu dan plastik, yang mana lebih sukar dilupuskan?”
Kad C (Justifikasi): “Bina satu hujah mengapa plastik dianggap kurang lestari walaupun ia tahan lama.”
Tips tambahan:
- Elakkan penulisan Peneguhan Konsep yang bersifat umum seperti “Murid berbincang dalam kumpulan tentang bahan lestari dan membentangkan hasil kerja untuk peneguhan konsep“.
- Pastikan penulisan Peneguhan Konsep mempunyai elemen ini: Kolaboratif (ciri PAK 21), Justifikasi (murid perlu memberikan penerangan yang menunjukkan kefahaman mereka), dan Visualisasi (murid menunjukkan bukti maujud kefahaman mereka. Lembaran kerja boleh digunakan bagi tujuan ini).
- Contoh penulisan Peneguhan Konsep yang mempunyai ketiga elemen tersebut:
- Murid melakukan aktiviti ‘Decision Making’ dalam kumpulan untuk memilih satu bahan binaan yang paling seimbang dari segi kekuatan dan kelestarian (elemen kolaboratif). Setiap kumpulan mempertahankan (defend) pilihan mereka dalam sesi perbincangan kelas, manakala guru memberikan maklum balas segera untuk membetulkan sebarang salah faham sifat bahan (elemen Justifikasi). Murid melengkapkan Peta Pemikiran di atas kertas Mahjung sebagai bukti pengukuhan kaitan antara Ciri Bahan -> Fungsi -> Impak Alam Sekitar (elemen Visualisasi)