COVID-19: Bengkel Penulisan Bab 1

Alhamdulillah internet ok. Pelajar aktif tanya soalan. Cuma ada beberapa hal yang aku rasa macam tidak adil untuk pelajar sebab sejujurnya, aku tiada pelajar penyeliaaan untuk PSM. Pelajar terakhir PSM yang aku selia pada tahun 2012/2013. Hampir 10 tahun yang lepas. Bila Dr Diyana memberi sedikit maklumat diri aku ketika kata aluan, aku rasa kecut perut seketika. Naluri hati berkata – kata “I am such an impostor. I am not like that. It is nearly 10 years since I had a PSM student as my supervisee. Not only that, the last time I taught Research Methodology for undergraduates was in 2012. I feel cringe with the thought that I have to present myself like an expert whereas I am clearly lack of experiences with undergraduate supervision”.

Aku cuba yang terbaik untuk menggunakan pengalaman mengajar pelajar sarjana dan menggunakan nota kelas peringkat sarjana yang aku kurangkan sedikit maklumat tertentu untuk disesuaikan dengan keperluan pelajar PSM. Aku cuba meringkaskan proses penulisan bab 1 sebaik mungkin. Harap pelajar PSM dapat mengikuti apa yang aku cuba kongsikan dengan mereka.

Apa pun, selamat maju jaya kepada semua pelajar PSM.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.