COVID-19: Penulisan bab 1

Ada sesi perkongsian penulisan bab 1. Salah seorang pelajar sarjana kongsi poster dalam Telegram. Dengan cepat aku ingatkan, itu untuk pelajar sarjana muda, bukan mereka.

Tapi aku masih berasa janggal sebab aku bukan penyelia projek sarjana muda. Jadi akan wujud jurang yang mencabar proses “transfer of knowledge” berlaku. “Transfer of knowledge” bukan proses bagaimana satu ilmu dialihkan dari seorang ke seorang yang lain. Ianya adalah proses di mana pelajar terlibat dalam proses mempelajari sesuatu perkara yang baru berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. “Transfer of knowledge” boleh berlaku dalam dua keadaan: positif dan negatif.

Positive transfer” berlaku apabila pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara dengan mudah berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum ini. Contoh: Seorang individu belajar memandu kereta dengan menggunakan kereta manual. Apabila individu ini perlu memandu kereta automatik, dia dapat belajar memandu kereta automatik dengan mudah. Ini adalah contoh “positive transfer“.

Negative transfer” berlaku apabila sesuatu perkara baru yang dipelajari sukar untuk difahami meskipun terdapat perkara lama yang telah dipelajari. Contoh: Ahmad telah belajar nilai nombor 1 lebih kecil berbanding nombor 10 atau 100 (nombor 1 yang diakhiri oleh nombor kosong). Akan tetapi Ahmad mengalami kesukaran untuk memahami nilai matawang Rupiah 1000 yang nilainya lebih kecil dari RM1. Ini adalah contoh “negative transfer“.

Oleh yang demikian, saya melarang pelajar sarjana saya untuk hadir ke sesi yang diadakan untuk pelajar sarjana muda kerana saya bimbang berlaku “negative transfer“. Walaupun selalunya kebarangkalian untuk berlaku “negative transfer” amat kecil tetapi saya tidak mahu mengambil risiko berkenaan.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.