Dr, ada minyak angin tak?

Selama mengajar di UTM lebih dari 10 tahun, tidak pernah ada pelajar yang bertanya saya tentang minyak angin.   Ada pelajar lain bertanya “Dr kalau sakit perut sebab datang bulan tak guna minyak angin ke?” Soalan ini sedikit peribadi.  “Saya jarang pakai minyak angin kalau sakit perut.  Tahan je la”  

Alhamdulillah ada pelajar yang ada minyak angin (ciri seorang guru yang sentiasa bersedia dengan keadaan semasa).  “Minyak angin ni kenapa bau wangi.  Berangin tapi bau wangi” Ujar seorang pelajar yang duduk berhampiran dengan pelajar yang sedang menyapu perutnya dengan minyak tersebut.

Ini minyak angin pokok bidara.  Memang berbau wangi walaupun berangin ” Ujar tuan punya minyak angin sambil menjeling ke arah rakannya yang memberi komen tentang bau minyak bidara kepunyaannya itu.  “Murah je, Dr.  RM15.  Kalau Dr nak, saya ada jual” Ujarnya lagi.  Saya tergelak  kecil melihat ketangkasan beliau menggunakan peluang yang ada untuk mempromosi barang yang dijualnya.  Mungkin dia menjadi pembekal minyak angin tersebut sebagai mencari duit poket tambahan.  

Awak nak pergi PKU tak?  Saya boleh hantar.  Kunci kereta saya ada ni.  Saya tak perlu balik ke bilik untuk ambil kunci kereta” Saya menawarkan diri untuk menghantarnya ke Pusat Kesihatan Universiti.  “Tak apa la.  Saya tersalah makan rasanya” Ujarnya kembali.  

Nota:  Bila tengok apa kit kecemasan yang ada di bilik, memang tiada.  Perlukah kena ada kit kecemasan selepas ini?

 

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.