Sesi kali ini, antara perkara yang aku belajar dari Datuk NC ialah tentang sikap. Bukan aku tidak faham tentang konsep sikap, tingkah laku dan apa kaitannya dengan tindakan, matlamat dan sebagainya sebelum ini. Tetapi dari kata-katanya membuat aku berfikir tentang “Apakah matlamat yang aku ingin capai?”
“The right attitude cultivates the right behaviour which leads to the desired outcome”
Melihat kembali usiaku yang akan menginjak ke siri 5 beberapa tahun lagi, aku hanya berharap matlamat aku untuk _________ dapat tercapai. Itu impian ramai orang. Tetapi melihat video viral tentang seorang penceramah yang juga pensyarah USIM yang meninggal ketika memberi kuliah subuh, aku tersentak. Dapatkah aku peluang sebegitu?