Mari sertai solat hajat buat Puan Aziliah binti Ahmad

Dimaklumkan bahawa pihak Masjid Sultan Ismail UTM dengan kerjasama Unit Keselamatan UTM, dan Kelab Setiausaha UTM akan mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yassin khusus buat Puan Aziliah binti Ahmad, PA Pengarah Keselamatan UTM yang kini sedang dirawat di HSI, JB akibat kanser buah pinggang. Dua slot program diadakan seperti ketentuan berikut :
 
SLOT 1 : SOLAT HAJAT KHUSUS
TARIKH : 15 OGOS 2019 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT ZOHOR
TEMPAT : MASJID SULTAN ISMAIL UTM
IMAM BERTUGAS : USTAZ IBRAHIM KHALIL dan,
 
SLOT 2 : BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT KHUSUS
TARIKH : 15 OGOS 2019 (KHAMIS)
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : MASJID SULTAN ISMAIL UTM
IMAM BERTUGAS : USTAZ IBRAHIM KHALIL
 

Dijemput semua yang berkelapangan untuk sama-sama menghadirinya sebagai sokongan dan galakkan buat sahabat seperjuangan UTM untuk kembali sihat menabur bakti.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Puan Aziliah binti Ahmad diberi kekuatan, dihilangkan kesakitan, diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan beliau. Aamiin.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.