Menggapai rahmat Ilahi

KEROHANIAN FSSH 2022, SIRI 120: Menggapai rahmat Ilahi ~ Surah Ar Rahman, Ayat 1-13

Rahmat Allah SWT adalah sebab seseorang masuk ke syurga, bukan disebabkan oleh amalan yang dilakukan oleh orang tersebut ketika hayatnya. Dalam konteks ini, bukan bermaksud seseorang itu tidak perlu melakukan amalan baik tetapi seseorang itu perlu berntung harap terhadap rahmat Allah untuk dikurniakan syurga kerana amalan yang dilakukan di dunia ini tidak mampu untuk melayakkan seseorang itu syurga Allah. Setiap yang berlaku di dunia ini seperti keupayaan untuk melakukan ibadah seharian adalah dengan rahmat Allah.

Akan tetapi, meskipun kita menghadapi dugaan di dunia dan melakukan dosa, kita perlu sentiasa memohon ampun dan bertaubat kepada Allah kerana mendapat taubat dari Allah adalah merupakan rahmat Allah. Rahmat Allah jauh lebih besar dari segala dosa yang kita lakukan tetapi kita perlulah tidak berputus asa dengan hidup kita (dugaan, cabaran dan ujian di dunia ini) dan juga sentiasa berusaha untuk melakukan amalan baik dan berhenti dari melakukan dosa.

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: جَعَلَ اللَّهُ الرَّحْمَةَ مِائَةَ جُزْءٍ فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ وَأَنْزَلَ فِي الأَرْضِ جُزْءًا وَاحِدًا فَمِنْ ذَلِكَ الْجُزْءِ تَتَرَاحَمُ الْخَلاَئِقُ حَتَّى تَرْفَعَ الدَّابَّةُ حَافِرَهَا عَنْ وَلَدِهَا خَشْيَةَ أَنْ تُصِيبَهُAllah telah menjadikan rahmat sebanyak 100 bahagian. Dia menyimpan di sisiNya sebanyak 99 rahmat dan menurunkan ke muka bumi 1 bahagian daripada rahmat itu. Disebabkan 1 bahagian daripada rahmat itu, makhluk-makhluk saling berkasih sayang sehinggakan haiwan mengangkat kakinya daripada anaknya kerana takut akan terpijaknya. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubah, hadis no: 2752]

Intipati:

  • Allah memberikan satu rahmat dari 100 rahmat di muka bumi ini.

Cara mendapat rahmat Allah

  • Berbuat ihsan dalam ibadah (Ihsan ialah merasakan seseolah kita melakukan sesuatu perkara, Allah SWT memerhatikan kita)
  • Bertaqwa kepada Allah
  • Banyak berdoa untuk mendapatkan rahmat
  • Mendidik anak dengan penuh kasih sayang
  • Mengasihi semasa makhluk

Kesan tidak mendapat rahmat Allah

Kesan tidak mendapat rahmat Allah bukan sahaja di dunia ini akan tetapi juga di akhirat di mana seseorang itu boleh dikategorikan kepada tiga. Seorang lelaki yang berzina itu bukan sekadar merujuk kepada orang yang berzina, tetapi juga orang yang masih bergelumang dengan maksiat dan perbuatan yang dikira sebagai dosa besar. Pemimpin yang berdusta itu juga merangkumi kepada aspek tidak amanah dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan adil (atau berlaku zalim dalam melaksanakan amanah). Seorang miskin yang sombong merujuk bukan kepada individu yang miskin harta tetapi juga kepada individu yang kekurangan dari sudut lain yang lupa dan angkuh dalam meminta dan mengharapkan bantuan dari Allah SWT. Setiap insan adalah miskin di sisi Allah SWT yang maha kaya. Oleh yang demikian, kekayaan dan kurniaan bersifat keduniaan bukan bermaksud seseorang itu kaya di sisi Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga golongan manusia yang kelak di Hari Kiamat, Allah tidak akan berbicara kepada mereka, tidak akan melihat mereka dan tidak akan menyucikan mereka, dan bagi mereka azab yang sangat pedih. (Mereka adalah); lelaki lanjut usia yang berzina, pemimpin pendusta, dan orang miskin yang sombong.” (HR Muslim).

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.