Padlet bukan bahan econtent untuk kategori collaboration tools

Saya baru ada sedikit masa terluang untuk menyemak TESDCP tahun lepas (2021). Saya mendapati bahawa hasil perbincangan pelajar saya yang menggunakan nota (Prezi) yang diletakkan dalam Padlet tidak dikira sebagai bahan e-content (tiada markah diberikan). Dalam Padlet tersebut ada soalan berbentuk terbuka yang memerlukan pelajar menjawab secara naratif atau esei pendek.

Kesimpulannya, Padlet tidak lagi diterima sebagai bahan econtent. Ini adalah bercanggah dengan nota yang diberikan oleh Dr Nurbiha.

Komen yang saya terima ialah “Not e-content but using technology in teaching and learning”

Ini adalah nota dari sesi taklimat yang diberikan oleh Dr Nurbiha (mungkin nota lama)

Lihat URL dalam nota Dr Nurbiha ini. Ianya adalah Padlet di bawah kategori Collaboration tools.

Apa yang saya faham ialah Padlet adalah alat seperti Youtube, Powtoon, Trello, Quizziz, Kahoot, Socrative dan sebagainya yang mana ianya digunakan dalam membina bahan pengajaran. Sebagai contoh, Powtoon, Genially, Moovly, Canva dan sebagainya adalah alat yang boleh digunakan untuk membangun, dan membina bahan pengajaran berbentuk video (sila betulkan saya sekiranya ialah ada salah konsep [misconception]).

Bagi Genially, pembina tidak perlu memuat turun video dalam bentuk MP4 dan memuat naik video ke YouTube. Bagi Powtoon, pembina bahan perlu memuat turun video dalam bentuk MP4 dan memuat naik video tersebut ke YouTube. Yang berbeza ialah apabila menggunakan Genially (versi berbayar dan dilanggan), kita diberi pautan URL yang boleh dikongsi dengan pelajar dan sekiranya pengguna awam ingin menggunakan bahan tersebut mereka boleh mendapatkan dan menggunakan bahan tersebut (cuma agak sukar sekiranya pengguna awam kurang biasa dengan Geniallymeskipun pautan tersebut adalah umum (public).

Untuk pelantar yang membolehkan pelajar berbincang dalam talian sama ada secara segerak atau tidak segerak, kita boleh menggunakan pelantar seperti Padlet, Jamboard, Wakelet, Trello dan sebagainya. Ianya lebih bersifat agak terbuka kerana ianya boleh digunakan oleh pelajar untuk menulis jawapan, pandangan atau memberi komen tertentu yang boleh dikongsi dengan rakan yang lain. Bagi keadaan bersemuka, selalunya kita menggunakan kertas mahjung untuk pelajar menulis sesuatu. Pelantar seperti Padlet dan Wakelet mempunyai ruang untuk pelajar memberikan komen terhadap pandangan atau jawapan rakan. Sekiranya ianya hanya dianggap sebagai teknologi dan bukan bahan econtent, saya agak keliru kerana ianya menjadi bahan econtent dengan apa yang ditulis dalam pelantar tersebut.

Ianya seolah sekiranya bahan pengajaran video dimuat naik di YouTube tidak diterima sebagai bahan econtent kerana menggunakan teknologi iaitu YouTube dalam pengajaran. YouTube adalah alat seperti Padlet.

Sesungguhnya saya keliru kerana dalam sesi taklimat yang diberikan oleh Dr Nihra, beliau ada menunjukkan contoh Trello yang digunakan untuk perbincangan pelajar. Beliau ada mengatakan bahawa itu menunjukkan bahan econtent yang memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan rakan. Padlet saya mempunyai nota kelas, arahan dan juga ruangan untuk pelajar berinteraksi dengan bahan (nota) dan rakan. Mereka boleh berinteraksi dengan rakan melalui ruangan komen atau mereka boleh membina ruangan komen baru.

Jadi dimanakah silapnya saya sehingga Padlet tidak dikira sebagai bahan econtent? I rest my case. Adakah mungkin kerana saya silap memilih kebenaran untuk paparan sama ada umum atau peribadi? Kena melihat semula aspek ini.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.