Pemilihan Major LPPT (v.2.0) bermula 19 Julai – 3 Ogos 2020 di laman sesawang myutm.utm.my Sehubungan itu YBrs. Prof./Dr./saudara diminta untuk memilih Major LPPT bagi e-LPPT Versi 2.0.
Dibawah adalah senarai kategori staf yang dibenarkan untuk membuat pemilihan Major e-LPPT Versi 1.0 dan senarai staf yang dibenarkan untuk menggunakan penilaian e-LPPT Versi 2.0
E-LPPT Versi 1.0 (Transisi) |
a) Staf akademik baharu dilantik dan belum disahkan dalam jawatan. Disetkan sebagai Minor Research. Walaubagaimanapun, staf juga dibenarkan untuk memilih e-LPPT Versi 2.0 dan Perlu memilih Major LPPT di sistem Versi 2.0. |
b) Staf akademik tiada PhD disetkan sebagai e-LPPT Transisi, Minor Research. Walaubagaimanapun, staf juga dibenarkan untuk memilih e-LPPT Versi 2.0 dan Perlu memilih Major LPPT di sistem Versi 2.0. |
c) Staf akademik yang memohon kenaikan pangkat sebelum 30 Mac 2019 dan masih belum menerima kenaikan pangkat dibenarkan menggunakan penilaian e-LPPT Versi 1.0. Jika staf adalah pentadbir akademik, kategori staf akan ditetapkan sebagai AA. Penentuan Major atau Minor Research bergantung kepada jumlah jam kredit setahun. Major Research < 18 jam kredit, Minor Research > 18 jam kredit |
d) Staf akademik yang akan berpencen dalam tempoh 5 tahun, Pemilihan Major Research < 18 jam kredit, Minor Research > 18 jam .
Walaubagaimanapun staf bakal bersara juga boleh memohon untuk e-LPPT Versi 2.0 dan Perlu memilih Major LPPT di sistem Versi 2.0. |
E-LPPT Versi 2.0 |
a) Semua staf akademik yang tidak memohon kenaikan pangkat sebelum 30 Mac 2019. |
b) Staf Akademik yang telah memohon kenaikan pangkat sebelum 30 Mac 2019 dan telah dinaikkan pangkat pada tahun 2019. |
c) Pentadbir Akademik yang tidak memohon kenaikan pangkat. Major LPPT adalah Major Leadership dan disetkan secara automatik oleh sistem. |
d) Pentadbir Akademik lantikan fakulti, samada kekal Major LPPT 2019 atau boleh memohon Major yang lain di sistem eLPPT versi 2.0. |
Bagi staf yang TIDAK MEMILIH sebarang MAJOR pada tahun ini, pihak fakulti akan menganggap pilihan MAJOR saudara adalah SAMA seperti tahun 2019.