Perutusan Tahun 2025 (Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir – Menteri Pendidikan KPT): Bahagian 1

Tarikh: Khamis, 9 Januari 2025

Masa: 9 pagi hingga 1 petang

Imbasan Tahun 2024

  • 5 fokus utama tahun 2024
  1. Penyediaan bakat terbaik negara
  2. Pengukuhan ekosistem
  3. Program pemindahan dan perkongsian ilmu
  4. Pengantarabangsaan pendidikan tinggi
  5. Pemantauan ekosistem pemboleh daya

Rentetan dari fokus utama tahun 2024, pada tahun 2025 terdapat 7 fokus utama. Fokus utama tahun 2024 masih lagi diteruskan dan fokus utama 2025 adalah kesinambungan dari fokus terdahulu.

  • 7 fokus utama Tahun 2025
  1. Penyediaan bakat terbaik negara (fokus yang sama dengan fokus tahun 2024)
  2. Kewibawaan akademik dan warga kampus
  3. Pemindahan dan perkongsian ilmu (fokus yang sama dengan fokus tahun 2024)
  4. Pengantarabangsaan pendidikan tinggi (fokus yang sama dengan fokus tahun 2024)
  5. Governan dan kepimpinan
  6. Kemampanan kewangan IPT
  7. Infrastruktur, digital dan kesejahteraan kampus

Pencapaian tahun 2024

Terdapat beberapa pencapaian tahun 2024 berdasarkan 5 fokus utama tahun 2024. Antara pencapaian tersebut ialah

  1. International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2025) yang disertai oleh 954 pelajar tempatan dan 368 pelajar antarabangsa dari 47 buah negara.
  2. Program kepimpinan KARISMA 2024 yang melibatkan 3227 peserta dari kalangan mahasiswa dan pensyarah muda bagi membangunkan bakat kepimpinan.
  3. Program pembelajaran berasaskan kerja (WBL) [Nota: WBL adalah salah satu strategi pengajaran andragogi, bukan pedagogi]. Terdapat 34 program telah dilaksanakan di 25 Politeknik dan Kolej Komuniti dengan sokongan lebih dari 400 buah syarikat dan industri.
  4. Penubuhan Centre of Technology (CoT) di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Sehingga kini terdapat 12 CoT di seluruh negara dan salah satu CoT yang mempunyai makmal kalibrasi bioperubatan yang pertama di Asia Tenggara yang diperakui mengikut MS ISO/IEC 17025 adalah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
  5. Kerjasama strategik KPT dengan industri dan agensi sebanyak 7 MoU (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia – MIDA, Inari Technology, Micron Memory Malaysia, Stellantis Gurun, CelcomDigi, Huawei Malaysia, MRANTI) dan 1 LoU (NVIDIA).
  6. Program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang ditujukan kepada semua lapisan masyarakat dengan konsep “Anyone, anywhere, anytime”. Sebanyak 12, 338 program PSH telah dilaksanakan dengan melibatkan 259, 788 penyertaan.
  7. Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024 dengan penyertaan lebih dari 100,000 orang (Melibatkan 27 kementerian dan agensi, delegasi dari 86 negara dan 250 pempamer R&D, 18 wacana). Selain daripada itu, Karnival Kerjaya MADANI telah berjaya menarik 5,000 pengunjung dengan lebih dari 500 peserta berjaya memperoleh pekerjaan.
  8. Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) 2024 telah diadakah pada bulan November di beberapa tempat. Pada 23 November 2024 di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya satu Forum Ilmuan Malaysia yang merupakan siri ketiga yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN). Tema yang dibincangkan ialah “Hala Tuju dan Strategi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025”. Pada 25 November 2024, Forum Ilmuan Malaysia yang bertema “Peralihan Tenaga untuk Kesejahteraan Masa Depan Negara” di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah dilaksanakan dengan Kerangka Ekonomi Madani yang melibatkan agensi GLC – TNB, PETRONAS dan KLN.
  9. Pemerkasaan program pengantarabangsaan yang melibatkan MoU bersama Australia, China, Mesir, Korea Selatan, Russia, Maldives, negara-negara Asia Tengah dan lain-lain. Terdapat lawatan ke luar negara dan lawatan wakil luar negara ke Malaysia bagi tujuan pemerkasaan program pengantarabangsaan.
  10. Penubuhan kampus luar Pesisir UKM dilakukan secara konsortium bersama universiti luar negara dengan permulaan di Qatar dan Indonesia.
  11. Pindaan AUKU 2024 Seksyen 15A dengan memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk memungut dana dan menerima sumbangan dan juga Seksyen 48 (11) yang membolehkan MPP menyelenggara akaun kewangan sendiri.
  12. Sokongan kewangan untuk pendidikan yang melibatkan 29,770 pelajar, akademik, dan staf menerima tajaan melalui 20 program bernilai RM202 juta. Selain daripada itu, pengecualian yuran telah diberikan kepada 4,729 pelajar B40 dengan peruntukan RM11.08 juta.
  13. Penubuhan Industry on Campus (IoC) di POLYCC yang melibatkan kerjasama dengan 19, 970 industri. Sebanyak 72 IoC telah ditubuhkan di IPT di Malaysia. Selain penubuhan IoC, terdapat 692 aktiviti kolaborasi telah dilaksanakan dengan melibatkan 631 industri dengan nilai kerjasama sebanyak RM12.69 juta.
  14. Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan pertama di UTM di mana seramai 801 orang pelajar kohort pertama telah mendaftar program berkaitan pada Oktober 2024 yang dilaksanakan secara konsortium oleh tiga buah universiti: UTM, UM dan UTeM.
  15. Program In Person with Dr Zam telah dilaksanakan sepanjang tahun yang berbentuk interaksi secara bersemuka secara terus dengan mahasiswa di 5 buah IPT (UKM, UiTM, UMT, UUM dan UNIMAS) dan program ini akan diteruskan pelaksanaan pada tahun 2025 di IPT lain.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.