Tarikh / Hari : 10 September 2020 (Khamis)
Masa : 8.15 pagi
Pembimbing : PM. Dr. Ahmad bin Che Yaacob
Tajuk : Kemuliaan memberi dengan Ikhlas – Surah Al-Baqarah, Ayat 265-269
Intipati ayat Surah Al-Baqarah
Ayat 265-269
- Allah SWT menggunakan analogi orang yang ikhlas memberi seperti ladang atau kebun di tempat yang tinggi (selalunya tiada sungai atau sumber air), yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Dengan hujan itu, ladang itu dapat menghasilkan buah yang banyak.
- Syaitan sentiasa memujuk untuk kita tidak memberi sumbangan. Akan tetapi kita perlu melatih diri untuk mempunyai pendirian yang teguh untuk tetap memberi
Ayat 266
- Allah SWT menggunakan analogi orang yang tidak ikhlas atau tidak mahu memberi seperti ladang yang mempunyai pokok yang pelbagai dan terdapat sungai yang mengalir, tetapi akan datang ribut taufan yang memusnahkan ladang itu dan akhirnya ladang itu tidak berhasil.
Ayat 267
- Sekiranya ingin memberi sesuatu, tidak boleh dari sumber yang haram seperti barang haram, dari riba’ dan sebagainya.
- Sumbangan perlu dari sumber yang halal dan dalam keadaan terbaik. Contoh: Jangan beri baju-baju yang terkoyak untuk disumbang atau makanan yang hampir basi atau tidak elok untuk dimakan.
Ayat 268
- Syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan dengan kemiskinan dan kepapaan dan akan sentiasa menggalakkan pekerjaan keji.
Ayat 269
- Allah berikan kebijaksanaan/hikmah (wisdom) kepada sesiapa yang dikehendakinya. Sesiapa yang diberikan hikmah akan dimendapat kebaikan (ganjaran) yang banyak.