Senarai semak sesi segerak

Ada orang beri cadangan untuk letak senarai semak (checklist) untuk sesi segerak (synchronous session). Senarai semak ini digunakan setiap kali sesi segerak sebagai ingatan kepada semua yang hadir. Kalau dalam kelas, sebagai sesi induksi – sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Dulu aku tidak pernah terfikir pun nak buat poster macam ni. Tapi bila dapat tips dari Cikgu Sam yang hebat, aku cuba untuk ikut apa yang diamalkan. Cikgu Sam pun ada pesan untuk tiru apa yang dianggap amalan yang baik. Jadi aku cuba la untuk buat juga. Walaupun aku mengajar di universiti, tak semestinya apa yang cikgu-cikgu guna tak boleh diamalkan dalam pengajaran aku juga kan? Learning happens when we teach. Indeed.

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.