Syarat Pakaian Wanita_Bahagian 5: Ancaman kepada wanita yang mendedahkan aurat

Sambungan dari sini

Ancaman Kepada Wanita yang Mendedahkan Aurat
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Wanita yang tidak menutup aurat dengan betul adalah dia berbuat dosa besar.

Rasulullah ﷺ bersabda:

‏صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”

[Imam Muslim]

Para Ulama mengambil kesimpulan, hadith ini adalah isyarat bahawa mendedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang diperintahkan adalah dosa besar. Dalil lain perbuatan dedahkan aurat / tidak menutup aurat dengan sempurna menjadi dosa besar adalah :

Setiap dosa yang dikerjakan berterusan tanpa taubat, maka ianya akan menjadi dosa besar. Wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna melakukan dosa setiap hari dan setiap kali seorang lelaki ajnabi melihat kepada nya, maka jadilah dosa besar. Wal Iyazubillah.

Ibubapa yang membiarkan anak-anak perempuan mereka tanpa didikan akan menanggung dosa anak-anak mereka. Demikian lagi si suami yang membiarkan isterinya berkeliaran tanpa pakaian menutup aurat dengan sempurna akan juga menanggung saham dosa isterinya. Jangan menganggap kita sudah mengerjakan segala kewajipan, solat 5 waktu, puasa cukup, selalu sedekah dll sudah cukup. Belum lagi.

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*5.0 Kesimpulan*
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

(1) Islam meletakkan syarat-syarat berpakaian yang tegas ke atas wanita kerana mengangkat martabat wanita kepada kedudukan yang tinggi dan mulia. Apabila kaum wanita mematuhi nya dengan ikhlas, jadilah mereka mulia di sisi Allah. Sebaliknya wanita-wanita yang engkar akan menerima kehinaan dunia dan akhirat. Wal Iyazubillah.

(2) Setiap wanita Muslim WAJIB menutup auratnya dengan sempurna apabila dia keluar rumahnya untuk keperluan tertentu yang diizinkan oleh Syara’

(3) Ibubapa dan suami dan ketua masyarakat turut bertanggungjawab memastikan semua wanita di bawah jagaan mereka mematuhi hukum menurup aurat.

(4) Jangan jadikan isteri ustaz atau ustazah sebagai contoh di dalam beragama /melaksanakan hukum. Tetapi lihatlah pada hukum asas yang ditentukan oleh Ulama Mu’tabar Ahlus Sunnah.

Contoh terbaik kaum wanita adalah Sayyidatina Fatimah Az- Zahra, permata Islam.

(5) Berpakaian cara Islam TIDAK menghalang pembangunan. Sebaliknya wanita-wanita yang menutup aurat dengan sempurna itulah wanita progresif, membangun dan mulia. Ini kerana progresif dan pembangunan sebenar dalam Islam adalah pembangunan sifat-sifat kemuliaan insan.

Berbeza dengan wanita-wanita yang berkeliaran serta bertelanjangan itulah sebenarnya peruntuh pembangunan, kerana perbuatan tersebut meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan, menyuburkan keruntuhan akhlak dan sifat-sifat kekejian.

(6) Berpakaian menutup aurat dengan sempurna tidak menghalang aktiviti harian wanita. Mereka boleh beriadhah, berniaga dan lainnya mengikut keperluan serta syarat-syaratnya.

(7) Mana-mana wanita yang belum menepati syarat-syarat Jilbab yang Allah perintahkan, berazamlah sungguh-sungguh. Moga Allah berikan kelapangan bila ada niat yang baik.

Kesalahan-kesalahn sebab tidak menutup aurat dengan betul pada masa lalu, mohon ampunlah pada Allah.

Wallahu A’lam.
___________________
Jawapan oleh
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.