Tatacara solat duduk_Bahagian 1: Peraturan dan syarat penting solat

TATACARA SOLAT DUDUK

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*✨?✨Firman Allah :*
يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ

“Allah Menghendaki kemudahan untuk kamu dan Dia tidak Menghendaki kamu menanggung kesukaran”
[Al-Baqarah (2) : ayat 185]

*✨?✨Rasulullah ﷺ bersabda:*
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

“Solatlah secara berdiri, jika tidak mampu lakukanlah secara duduk dan jika tidak mampu juga lakukanlah secara mengiring.”
[Imam Bukhari]

?Soalan :

Banyak sekali pertanyaan berkenaan tatacara mengerjakan Solat duduk bagi orang yang tak mampu berdiri, diantaranya:

1. Bagaimana cara sebenar solat bagi orang yang tidak mampu solat sambil berdiri?
2. Berapa lama seseorang perlu berdiri sebelum dia duduk untuk sambung solat?
3. Bolehkah seseorang duduk terus sedangkan dia mampu berdiri sebentar?
4. Apa yang dikehendaki dengan duduk untuk solat? Adakah mesti duduk atas lantai atau atas kerusi? Atau mana-mana ikut suka kita duduk?
5. Apa hukum solat duduk di atas kerusi sedangkan dia mampu duduk di atas lantai?
6. Bagaimana caranya Jika dia mampu duduk untuk sujud, tetapi tidak mampu berdiri semula,?
7. Jika seseorang mampu berdiri dan mampu duduk di atas lantai tetapi ketika hendak sujud cuma lutut dan perut jari kaki saja mencecah lantai, anggota sujud lain tidak mencecah lantai. Adakah dia masih perlu duduk di lantai atau boleh terus duduk atas kerusi?
8. Bagaimana cara solat jika dia hanya mampu berdiri sahaja dan tak mampu lipat kaki nya untuk duduk?
9. Jika seseorang gunakan kerusi untuk solat duduk, bagaimana cara yang tepat untuk ruku’ dan sujud?
10. Bagaimana kedudukan kerusi dalam saf bejemaah jika seseorang hanya mampu duduk atas kerusi dan tak mampu duduk di atas lantai?

Soalan-soalan tersebut sering kali ditanyakan yang berkait dengan tatacara solat duduk bagi orang yang tidak mampu menyempurnakan solat seperti biasa.

Sebelum menjawab semua persoalan tersebut, di sini perlu melihat terlebih dahulu beberapa Asas / Prinsip / rukun dan syarat Asas Solat dan syarat bagi orang yang diberi keizinan untuk solat duduk:

1.0 Peraturan dan Syarat Penting Solat:

?✒️Pertama:
Solat Fardhu lima waktu adalah *fardhu ain* atas setiap mukallaf yang wajib ditunaikan dalam keadaan apa sekalipun, termasuk di dalam pelayaran, peperangan atau sakit atau lain-lainnya, TIDAK boleh ditinggalkan. Sekiranya seluruh anggotanya lumpuh sekalipun dia masih wajib tunaikan solat dengan cara gerakan di dalam hatinya.

?✒️Kedua:
Solat mempunyai peraturan-peraturan khusus yang wajib dipatuhi iaitu Syarat-syarat sah dan Rukun nya (berserta syarat-syarat bagi setiap rukun) yang wajib dipelihara sepanjang solat nya. Setiap Muslim yang akil baligh WAJIB mempelajari setiap perkara ini dengan cara talaqqi musyafahah (berhadapan dan mengambil menerima sendiri ilmu) dengan Guru yang mahir. Tidak memadai bahkan TIDAK sah solat yang dikerjakan sekadar ikut-ikutan. Sebaik-baiknya Guru adalah Guru Mursyid yang siddiq (benar) yang sampai Silsilah Ilmunya kepada Rasulullah ﷺ.

?✒️Ketiga:
Ketika seseorang menghadapi masyaqqah (kepayahan) dan darurah (kecemasan yang lebih berat), maka dia diberikan rukhsah ( keringanan ), di mana sebahagian cara-cara mengerjakan solat yang dilakukan oleh orang sihat diringankan sedikit dengan berubah bentuknya. Ia BUKAN mengubah hukum, tetapi semata-mata rukhsah — keringanan untuk memudahkan solat sewaktu kepayahan seperti sakit, ketakutan, di atas kenderaan bergerak dan sebagainya.

*✒️Keempat:
Asas solat adalah terdiri dari 3 macam rukun :
1. Rukun Qalbi_ (rukun hati)
2. Rukun Qawli_ (rukun perkataan)
3. Rukun Fi’li_ (rukun perbuatan)

Setiap Rukun Solat tersebut mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri, maka WAJIB disempurnakan semuanya mengikut syarat-syaratnya. Jika seseorang sengaja meninggalkan salah satu dari syarat-syarat yang di tetapkan, tanpa uzur yang dibenarkan oleh syara’, maka solat nya menjadi batal.

?✒️Kelima:
Hendaklah diingat rukhsah (keringanan) diberikan adalah berdasarkan syarat-syaratnya, maka wajib mengikut syarat dan susunan keringanan yang diberikan oleh syara’, BUKAN sewenang-wenangnya mencari keringanan dan BUKAN sesuka hati meninggalkan mana-mana syarat bagi setiap rukun.

?✒️Keenam:
Didalam Solat, syarat terpenting bagi hati adalah *khusyu*. Maka salah satu hikmah diberi keringanan kepada orang yang menanggung kesakitan / kepayahan adalah supaya dia dapat melakukan solat di dalam keadaan tenang dan tenteram dan khusyu’.

Oleh sebab itu tidak disyaratkan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan didalam solat sambil menanggung kesakitan semata-mata hendak menunaikan solat sama seperti orang sihat. Maksudnya dia sedang sakit dan tidak mampu melakukan solat seperti biasa orang sihat, tetapi dia memaksa diri sambil menanggung kesakitan. Cara seperti ini tidak dianjurkan walaupun sah solatnya.

Ini kerana khusyu dan tenang di dalam solat adalah syarat hati di dalam solat. Jika seseorang susah payah menanggung kesakitan semata-mata kerana mengikut cara-cara orang sihat, sedangkan hatinya tidak khusyu’, maka cara solat seperti ini juga tercela. Allah Ta’ala telah Kurniakan keringanan tetapi dia sengaja mencari kepayahan sehingga tidak khusyu solat, maka ini suatu kerugian.

Nota: Sambungan huraian bahagian 2, bahagian 3, bahagian 4, bahagian 5, bahagian 6, bahagian 7 dan bahagian 8.  

_______________________
Jawapan:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid, Silsilah Naqsyabandiah
Al Kholidiyah
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
???????

Published by

hadijahjaffri

I am who I am and what I am cannot be defined by what I have/posses or have done. Therefore, I am me.