Archives for September 2023

[FAKTA 7] Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/fakta-6-tujuh-fakta-menarik-daripada-kajian-timss-2019-subjek-matematik-dalam-kalangan-murid-gred-8-tingkatan-dua-malaysia/

Fakta Ketujuh

Murid-murid di Asia Timur menduduki tempat tertinggi di peringkat global dalam untuk subjek matematik dalam kajian antarabangsa TIMSS. Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong adalah antara negara tersebut. Tetapi menariknya, walaupun berpencapaian tinggi, murid-murid Asia Timur berasa kurang yakin dan mempunyai minat yang lebih rendah daripada murid-murid yang sebaya mereka dari negara-negara lain dalam mempelajari matematik. Contohnya, walaupun murid Korea Selatan, Jepun dan Taiwan mendapat skor yang agak rendah pada minat dan keyakinan, purata skor keseluruhan mereka adalah sangat positif. Begitu juga dengan Singapura yang mana hanya 22% murid gred lapan mereka mengatakan bahawa mereka ‘sangat suka belajar matematik’. Manakala hanya 8% murid sekolah menengah Korea Selatan berkata mereka ‘sangat yakin dalam matematik’.

Penekanan kepada nilai-nilai Confucian boleh menjadi faktor kejayaan muridAsia Timur. Negara-negara Asia Timur yang mendahului negara-negara lain adalah negara-negara yang dipengaruhi Budaya Warisan Confucian (BWC). Oleh itu, negara-negara seperti China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan sangat menekankan aspek pendidikan.Ibu bapa di negara-negara tersebut sanggup membelanjakan wang tambahan untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen untuk memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan. Penulis telah melaksanakan kajian mengapa murid Korea Selatan amat cemerlang dalam matematik walaupun mereka mempunyai sikap negatif terhadap subjek tersebut. Rakyat Korea Selatan yang mengikuti tradisi Confucianism telah menghormati pendidikan sejak zaman awal lagi. Falsafah Confucian telah memasuki Korea Selatan dari China lebih daripada lima belas abad yang lalu. Confucianism secara tradisi menyediakan cara yang tepat untuk murid, yang melibatkan penanaman diri yang berterusan melalui pendidikan. Konfusianisme, sebagai ideologi negara dan agama amat mempengaruhi aspek politik, ekonomi, masyarakat, budaya dan pendidikan. Dengan menggunakan idea-idea Confucian, individu merit dipilih melalui peperiksaan regional dan nasional yang sangat kompetitif, yang berfungsi sebagai cara pemilihan untuk jawatan kerajaan yang berprestij. Sistem peperiksaan bertindak sebagai mekanisme pemilihan utama untuk jawatan kerajaan yang terhad dan impaknya, pendidikan formal merupakan persiapan untuk peperiksaan. Tambahan pula, Korea Selatan telah mengalami ledakan ekonomi, berikutan kejayaan pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan educational fever (semangat) yang berdasarkan nilai sosial Confucian menyebabkan sistem pendidikan lebih berorientasikan kepada peperiksaan.

Selain itu, guru-guru matematik di Korea Selatan tidak mementingkan pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS. Mereka juga tidak memberikan soalan-soalan matematik mengikut format atau bentuk kedua-dua pentaksiran antarabangsa tersebut. Pencapaian murid dalam ujian dipengaruhi oleh sikap mereka terhadap ujian, dan hal ini turut melibatkan kajian perbandingan antarabangsa. Murid Korea Selatan dibesarkan dalam budaya Confucian, diajar untuk mengambil ujian dengan serius. Sikap mereka terhadap pentaksiran TIMSS mungkin telah dipengaruhi oleh sikap serius terhadap ujian dan seterusnya memberikan pencapaian yang cemerlang.

Confucian Philosopher Mencius
Pic Source: https://education.nationalgeographic.org/resource/confucianism/

Tamat

My wife’s dilemma

My wife has been talking about LASIK, or in its full name, Laser-Assisted In Situ Keratomileusis, for quite some time now. Today, to show my support, I accompanied her to an eye specialist clinic located in Taman Sutera. To be honest, I didn’t have much of an idea about what LASIK is, and it never crossed my mind that I would consider it for myself.

We brought our kids to the clinic, and I’m thankful that it turned out to be a comfortable and spacious place. While the doctor’s assistant was checking her eyes and providing a consultation in one room, I kept the twins entertained. After about half an hour, she finished discussing her options with the staff.

In the car, she told me that after the examination, the doctor’s assistant didn’t recommend LASIK for her due to the fact that her corneas are very thin. Instead, she suggested placing small and thin lenses directly on the surface of her eyes to correct her vision problems. The price for this alternative option is even higher than LASIK, possibly in the tens of thousands. However, there’s still a risk associated with it, although it’s relatively rare: glaucoma, cataracts, and the possibility of needing to replace the lenses if her nearsightedness worsens.

In the end, she’s in a dilemma and asked for my opinion. My answer is straightforward: “Is it worth paying more for something with added risks?” That’s it.

Memanfaatkan Teknologi AI Dalam Memperkasakan Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi

Bak kata Imam Syafi’i, selagi hidup, carilah ilmu, kongsilah ilmu dan sampaikanlah ilmu selagi ianya bermanfaat.

Alhamdulillah, hari ini artikel saya disiarkan oleh Berita Harian.

Saya pernah ditegur oleh seorang mahasiswa suatu ketika dahulu kerana tidak banyak menyampaikan kuliah dalam Bahasa Inggeris untuk satu kursus prasiswazah yang semuanya rakyat Malaysia. Saya agak terkejut dan tertanya-tanya. Silap saya kah? Setahu saya, salah satu syarat kemasukan pelajar ke universiti ialah pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Jadi tidak mungkin beliau tidak memahami kandungan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan.

Untuk kuliah yang semua pelajarnya rakyat Malaysia, saya akan lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu walaupun slaid dan nota ada antaranya dalam Bahasa Inggeris. Sebagai rakyat Malaysia, tiada istilah untuk tidak fasih berbicara ataupun memahaminya. Tambahan pula, dengan kepesatan teknologi AI, tugasan yang diberikan akan lebih mudah disiapkan. Tetapi jangan langsung tiada usaha dan mengharapkan AI semata-mata untuk menyiapkan tugasan kerana terdapat AI lain yang boleh mengenal pasti maklumat yang dijadikan tugasan yang keseluruhannya diambil dari AI.

AI boleh digunakan dalam meningkatkan kompetensi bahasa Melayu dalam menyiapkan tugasan. Saya secara peribadi tidak mengehadkan pelajar untuk menyiapkan tugasan dalam bahasa Melayu, sebaliknya memberi kebebasan kepada mereka untuk menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Sekiranya tugasan disediakan dalam bahasa kebangsaan, AI boleh digunakan untuk mengindahkan lagi struktur ayat.

Contoh ayat asal:

Phi adalah satu pemalar matematik yang kerap digunakan dalam pengiraan ruang Euclid. Ia mewakili kadar yang berkaitan dengan nisbah antara ukur lilit sesebuah bulatan dengan diameternya. Pemalar ini sering diterapkan dalam pelbagai bidang termasuk matematik, fizik, kejuruteraan, dan banyak lagi. Phi juga dikenali sebagai pemalar Archimedes dan disimbolkan dengan huruf Yunani π yang juga dikenali sebagai π ≈ 3.14159. Nilai phi ini tidak boleh diperincikan dan biasanya dinyatakan sebagai 3.142, walaupun terkadang nilai pecahan 22/7 digunakan sebagai penganggaran yang hampir kepada nilai sebenar ini.

AI dapat membantu membaiki ayat di atas supaya sedikit sebanyak ia lebih mudah difahami tanpa menghilangkan maksud asal. Contohnya ayat yang dibaiki oleh AI:

Phi ialah satu pemalar matematik yang sering digunakan dalam pengiraan dalam ruang Euclid. Ia mewakili kadar yang berkaitan dengan nisbah antara ukur lilit sesebuah bulatan dengan diameternya. Pemalar ini sering digunakan dalam pelbagai bidang, termasuk matematik, fizik, kejuruteraan, dan banyak lagi. Phi juga dikenali sebagai pemalar Archimedes dan digambarkan dengan huruf Yunani π yang juga dikenali sebagai π ≈ 3.14159. Nilai phi ini tidak boleh dinyatakan sebagai pecahan tetap dan biasanya digunakan sebagai 3.142, meskipun kadang-kadang nilai pecahan 22/7 digunakan sebagai penganggaran yang mendekati nilai sebenar.

Selain itu, banyak jurnal di Malaysia yang bertaraf antarabangsa yang diindeks oleh pangkalan data Scopus dan WOS yang menggalakkan penulis menerbitkan artikel dalam bahasa Melayu. Antaranya:

Jurnal SAINS MALAYSIANA- UKM

Jurnal Teknologi (Sains & Kejuruteraan) – UTM

Malaysian Journal of Learning and Instruction (MJLI) – UUM

Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu tidak hanya digunakan secara eksklusif dalam bidang bahasa Melayu dan kesusasteraan sahaja, tetapi juga meliputi sektor-sektor lain termasuk ilmu sains tulen, sains sosial, teknologi dan kejuruteraan.

Semoga memberi manfaat.

Nota kaki: Masih terngiang-ngiang di telinga saya mengenai keindahan bahasa Melayu yang digunakan oleh YAB PMX dalam pembentangan Belanjawan 2023 tahun lepas.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2023/03/29/7721/

Tidak sabar rasanya menunggu pembentangan beliau untuk Belanjawan 2024.

[FAKTA 6] Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/fakta-5-tujuh-fakta-menarik-daripada-kajian-timss-2019-subjek-matematik-dalam-kalangan-murid-gred-8-tingkatan-dua-malaysia/

Fakta Keenam

TIMSS membandingkan peratus ‘Murid Hadir ke Sekolah dalam Keadaan yang Letih atau Lapar’ dengan purata skor matematik mereka. Pola menunjukkan pencapaian murid dalam matematik semakin rendah jika murid datang ke sekolah dalam keadaan letih atau lapar. Menariknya, pola sebaliknya menunjukkan murid Malaysia yang menyatakan mereka berasa letih dan lapar setiap hari atau hampir setiap hari mendapat purata skor yang paling tinggi berbanding dengan murid yang datang ke sekolah dalam keadaan tidak pernah dan kadang-kadang letih atau lapar sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.0.

Bersambung…

[FAKTA 5] Tujuh Fakta Menarik Daripada Kajian TIMSS 2019 Subjek Matematik Dalam Kalangan Murid Gred 8 (Tingkatan Dua) Malaysia

Sambungan dari https://people.utm.my/halim/fakta-4-tujuh-fakta-menarik-daripada-kajian-timss-2019-subjek-matematik-dalam-kalangan-murid-gred-8-tingkatan-dua-malaysia/

Fakta Kelima

TIMSS turut mengukur hubungan kekerapan ketidakhadiran murid dengan purata skor mereka. Kategori murid dan purata skor mereka dibahagikan kepada empat kelompok iaitu ‘Tidak pernah atau Hampir Tidak Pernah’, ‘Sekali dalam Sebulan’, ‘Sekali dalam Dua Minggu’ dan ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’. Berdasarkan Jadual 5.0 berikut, pola pencapaian Malaysia sama dengan negara lain iaitu murid yang ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak Pernah’ tidak hadir ke sekolah memperoleh pencapaian lebih tinggi berbanding murid yang tidak hadir dengan kekerapan ‘Sekali dalam Sebulan’, murid yang tidak hadir ‘Sekali dalam Dua Minggu’ dan ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’. TIMSS menyusun kedudukan negara berdasarkan peratus murid yang menjawab ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak Pernah’ yang paling tinggi hinggalah ke paling rendah. Walau bagaimanapun, Malaysia berada di kedudukan ke-33 dari aspek peratus murid yang menyatakan ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak pernah’ tidak hadir ke sekolah. Korea Selatan dan Jepun merupakan dua buah negara teratas yang mecatatkan kehadiran murid ke kelas matematik yang tinggi dalam kalangan negara yang mengambil bahagian. Daripada jadual di atas juga boleh dilihat bahawa walaupun purata skor murid Singapura yang berada dalam kelompok ‘Sekali dalam Seminggu atau Lebih’ dan purata skor murid Jepun yang berada dalam kelompok ‘Sekali dalam Dua Minggu’ jauh mengatasi purata skor murid Malaysia yang berada di kelompok ‘Tidak Pernah atau Hampir Tidak pernah’.

Bersambung…