Archives for June 1, 2026

Konstruksi

Saya mungkin pernah menerbitkan beberapa buah esei di Dewan Sastera melalui platform dalam talian Jendela DBP.

Namun, sebagai penulis yang masih bertatih dalam dunia penulisan cerpen, saya terharu apabila melihat karya saya diterbitkan dalam versi bercetak Dewan Sastera edisi Jun 2026.

Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan antara majalah sastera paling berprestij dan berpengaruh di Malaysia.

Bagi saya, melihat cerpen tersiar dalam majalah ini memberikan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Perasaannya seolah-olah seorang penyelidik berjaya menerbitkan makalah dalam jurnal berimpak kelompok 10 peratus terbaik dunia.

Jangan lupa dapatkannya di pasaran. Juga boleh didapati di PBAKL yang sedang berlangsung.

Alhamdulillah