Archives for August 2026

Sweet Forty-Three to Me!

Dear myself,

Hidup ini menuju mati,
dan mati pula menuju negeri abadi.
Namun negeri abadi yang mana satu?
Maka, beramallah seolah-olah esok kamu akan mati,
dan bekerjalah dengan niat ibadah seakan-akan kamu akan hidup seribu tahun lagi.

Happy birthday.
Sweet forty-three.
To the best version of me!
may you remain humble in success,
strong in every test,
and faithful in every step of this journey.

Sincerely
Myself

E-majalah Jejak Matematik Kedah

E-majalah Jejak Matematik Kedah membawa pembaca meneroka konsep matematik melalui warisan, seni bina, pertanian dan lokasi terkenal di Negeri Kedah. Antaranya ialah sawah padi, rumah tradisional Kedah, Masjid Zahir, Terusan Wan Mat Saman, Langkawi dan Lembah Bujang. Melalui konteks tersebut, pembaca diperkenalkan kepada konsep luas dan ukuran melalui petak sawah, bentuk geometri dan simetri melalui rumah tradisional serta Masjid Zahir, dan kadar serta graf melalui aliran air di Terusan Wan Mat Saman. E-majalah ini turut mengetengahkan penggunaan graf, carta, peratus dan kemahiran membaca peta melalui data pelancongan Langkawi dan penerokaan Lembah Bujang. Setiap bahagian dilengkapi penerangan ringkas, contoh, fakta menarik dan aktiviti pengukuhan. Secara keseluruhannya, e-majalah ini menunjukkan bahawa matematik bukan sekadar rumus dan pengiraan, tetapi ilmu yang wujud dalam budaya, warisan dan kehidupan seharian masyarakat Kedah.

E-majalah ini merupakan salah satu hasil Projek Sarjana Muda (PSM) yang dibangunkan oleh Nurul Ishami binti Azman di bawah penyeliaan saya.

Sila layari: https://anyflip.com/wsuhj/heal/

E-Majalah Matematik Berasaskan Warisan Budaya Johor (Joho-Maths) untuk Pembelajaran Matematik

E-majalah JOHO-MATHS mengetengahkan pembelajaran matematik melalui pendekatan yang dekat dengan kehidupan, identiti dan persekitaran masyarakat Johor. E-majalah ini dibangunkan bagi menunjukkan bahawa konsep matematik bukan sahaja dipelajari secara formal di dalam bilik darjah, malah boleh diterokai melalui pelbagai unsur yang terdapat dalam kehidupan seharian, budaya dan warisan tempatan. Melalui penyampaian yang menarik dan kontekstual, pembaca dibawa untuk melihat bagaimana pelbagai konsep matematik dapat dikenal pasti, diterangkan dan diaplikasikan menerusi contoh-contoh yang berkaitan dengan Johor. Pendekatan ini menjadikan matematik lebih mudah difahami kerana konsep yang dipelajari dihubungkan dengan objek, situasi dan pengalaman yang lebih dekat dengan pembaca. Selain memperkukuh pemahaman terhadap konsep matematik, e-majalah ini turut memperlihatkan potensi pendekatan kontekstual dalam menjadikan pembelajaran matematik lebih bermakna dan menyeronokkan. Pada masa yang sama, penerbitan ini diharapkan dapat membuka perspektif pembaca bahawa matematik sebenarnya wujud di sekeliling kita dan boleh diterokai daripada pelbagai sudut kehidupan.

E-majalah ini merupakan salah satu hasil Projek Sarjana Muda (PSM) yang dibangunkan oleh Raihanah Maisarah binti Roslan di bawah penyeliaan saya.

Sila layari: https://heyzine.com/flip-book/9658762288.html

E-majalah Matematik dalam Warisan dan Budaya Sabah

E-majalah Matematik dalam Warisan dan Budaya Sabah memperkenalkan konsep etnomatematik dengan menunjukkan bahawa matematik bukan sekadar ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah, tetapi turut terkandung dalam amalan, kesenian dan warisan masyarakat Sabah. Melalui pendekatan yang menarik dan kontekstual, e-majalah ini menghubungkan konsep matematik dengan data pelancongan Sabah, corak Linangkit, anyaman buluh, seni manik, seni bina rumah tradisional, tarian Sumazau serta permainan gong dan kulintangan.

Pelbagai konsep matematik diketengahkan, termasuk statistik, peratus, purata, graf, bentuk geometri, perimeter, luas, sudut, simetri, pantulan, putaran, translasi, teselasi, pola, kiraan, pecahan dan nisbah. Sebagai contoh, corak Linangkit dan seni manik memperlihatkan pengulangan pola serta simetri, manakala struktur rumah tradisional Sabah mengaplikasikan bentuk geometri, ukuran, perimeter dan luas. Gerakan tarian Sumazau pula dikaitkan dengan kiraan, sudut, simetri dan pembentukan pola, sementara irama gong dan kulintangan menerangkan konsep pecahan, nisbah tempo serta pola irama.

E-majalah ini turut menyediakan aktiviti interaktif melalui kuiz Google Form dan Wordwall bagi mengukuhkan pemahaman pembaca. Secara keseluruhannya, penerbitan ini menegaskan bahawa pembelajaran matematik akan menjadi lebih mudah, bermakna dan menyeronokkan apabila dikaitkan dengan budaya serta pengalaman kehidupan sebenar. Pada masa yang sama, pendekatan ini membantu generasi muda menghargai, memelihara dan meneruskan warisan budaya Sabah.

Ia dibangunkan oleh saudari Cyra Evisha Sayun, di bawah penyeliaan saya untuk projek sarjana muda (PSM) beliau.

Sila layari : https://online.fliphtml5.com/rmbha/xbqm/

Memahami Konsep Matematik Mudah di Sebalik Kemeriahan Pilihan Raya Malaysia

Terima kasih Majalah Sains atas penerbitan makalah ini.

UTM Open Day