16 Oktober 2024
Hari terakhir persidangan. Setengah hari sahaja. Persidangan tamat selepas lunch. Pihak penganjur memaklumkan FIE 2025 akan diadakan di Nashville, Tennessee.
Walaupun saya dapat Visa ke US untuk 10 tahun, takdalah setiap tahun nak ke sana, kan? Kalau US-M tu mungkinlah..hihi
Jadi di sebelah petang, saya ke White House, yang dari kecil saya dengar namanya di televisyen, dada akhbar dan movie. Ingatkan dapat tengok dekat. Jauh rupanya. Okay lah ambil gambar buat kenangan di rumah kediaman presiden.
Oh ya, rakyat Amerika akan mengundi presiden baharu mereka tak lama lagi. Jadi banyaklah poster Mr Trump dan Kamala di sana. Berita kat tv pun banyak berkisar tentang kempen mereka.
D.C ni banyak sangat muzium yang best-best. Percuma pula tu. Tapi saya cuma sempat singgah satu sahaja, iaitu National Museum of American History. Best sangat muzium tersebut. Tak cukup 2-3 jam. Kemudian, muzium di sana juga besar-besar. Bila difikirkan balik, patutlah diorang boleh buat filem ‘Night at the Museum‘ sampai entah berapa kali sequelnya.
Hari sudah hampir maghrib. Maghrib di sana sekitar 6.30 pm. Saya sempat singgah di sebuah kedai cenderamata untuk beli sedikit ole-ole.
Sebelah malam, saya kemas bagasi sebab esok awal-awal pagi nak order Uber untuk ke airport.
17 Oktober 2024
Penerbangan saya dari D.C ke Doha jam 10 am. Penerbangan kali ini mengambil masa selama 12 jam. Just nice!. Sampai airport, check-in, pemeriksaan imigresen dan bersedia untuk boarding.
Rezeki saya dapat seat yang selesa dalam penerbangan kali ini. Masih lagi kelas ekonomi, tapi seat depan yang menghadap ke dinding tu. Walaupun saya duduk di tengah-tengah, iatu kanan saya orang Yaman, dan kiri saya orang Bahrain, tapi saya bebas bergerak ke toilet di samping dapat melunjurkan kaki dengan selesa. Alhamdulillah.
Mamat Bahrain sebelah saya ni peramah. Saya rasa dia anak somebody di Bahrain, tapi saya tak tanya lebih lah. Beliau graduated dari Northeastern University dan graduated pada tahun 2018. Waktu PKP, beliau dihantar bekerja sebagai pegawai diplomatik di Kedutaan Bahrain di D.C. Saya sempat berjenaka dengan beliau,
You know, in Malaysia, we have a joke. Which country in the world floods first, then it rains? That’s your country, Bahrain. ‘Bah’ is a Malay word that means flood, while rain means ‘hujan’ in Malay.
Bersambung…
Speak Your Mind