Alhamdulillah, berkesempatan untuk menyampaikan kupasan dalam Buku Perutusan YBhg. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar iaitu Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat. Dalam buku tersebut, saya menyumbangkan Bab 2, iaitu UTM: From Good to Great, dan semasa pembentangan, saya kaitkan dengan Pelan Global UTM Fasa III (2018-2020) yang sedang berlangsung ketika ini. Sesi berlangsung pada 12 Februari 2018 dan bertempat di Dewan Senat, UTM.


Hebahan yang dibuat oleh pihak HEK dan HCD UTM


Beberapa aksi saya semasa pembentangan dan sesi soal jawab


























Tahniah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana menerima penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) 2017. SETARA 2017 telah dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia merupakan usaha penambahbaikan secara berterusan (Continous Quality Improvement (CQI)) dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan. Perkara ini penting dalam menjamin kualiti akademik, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap universiti awam dan universiti swasta di Malaysia dengan memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peringkat ijazah pertama. SETARA adalah satu proses penting bagi mengukur kedudukan pencapaian sesebuah universiti. Menurut Menteri KPT Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh, SETARA 2017 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria seperti keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi.
























