Takut Naik Kapal Terbang?? Jom Ikuti Tip Berikut

Terasa sebak tatkala membaca coretan yang pernah saya kongsikan dalam satu blog (kini tidak lagi aktif) satu masa dahulu. Coretan tersebut bertarikh 2 Disember 2009. Ingatlah, di mana pun sekarang kita berada, jangan sesekali lupa bagaimana kita bermula.

Alhamdulillah, sehingga ke saat ini rasanya sudah beratus-ratus kali saya menaiki kapal terbang. Syukur kerana sudah menjejakkan kaki ke beberapa negara luar dan paling jauh perjalanan saya menaiki kapal terbang ialah dari Kuala Lumpur ke Auckland, New Zealand yang mengambil masa selama hampir 11 jam. Bagaimanpun, sehingga ke saat ini, perasaan takut menaiki pesawat (dipanggil aerofobia) tetap ada walaupun tidaklah sekritikal sewaktu awal-awal pengalaman menaiki kapal terbang beberapa tahun yang lalu. Justeru berikut dikongsikan tip untuk mengurangkan aerofobia yang saya ambil (dan edit) dari artikel bertajuk TAKUT NAIK KAPAL TERBANG yang disiarkan oleh suratkhabar Berita Harian bertarikh 4 September 2017.

1. Buat persediaan awal dan jangan tergesa-gesa

Ya, saya sememangnya seorang yang akan membuat persediaan awal lebih-lebih lagi untuk perjalanan yang jauh. Kebiasaannya seminggu sebelum berangkat, saya akan mengemas sedikit demi sedikit barang dan keperluan untuk memastikan tiada barang yang tertinggal. Ketibaan awal di lapangan terbang juga dikatakan mampu untuk mengurangkan rasa cemas kita. Berdasarkan amalan saya, saya akan tiba awal di airport supaya lebih relaks untuk check in atau drop bagasi. Sekiranya ada banyak masa, saya akan luangkan untuk membaca buku, makan di restoran dan sebagainya

2. Ketahui teori asas bagaimana pesawat terbang di udara

Perkara yang membuatkan saya kecut perut apabila berada dalam penerbangan ialah turbulence. Justeru saya membuat sedikit ulangkaji mengenai faktor yang menyebabkan turbulence dan bolehkah turbulence menyebabkan pesawat terhempas. Artikel menarik untuk dibaca mengenai turbulence di link berikut http://www.askthepilot.com/questionanswers/turbulence/

Apabila kita mengetahui perkara-perkara tersebut, kita dapat mengelak daripada berfikiran negatif, tidak panik dan kekal berfikiran realistik ketika menghadapi perkara itu.

3. Sibukkan diri dengan aktiviti dan fokus kepada perkara lain

Saya suka penerbangan ke destinasi yang jauh kerana biasanya kapal terbang yang digunakan untuk penerbangan tersebut menyediakan dengan sajian video, muzik dan permainan di set hiburan. Dengan mendengar muzik, menonton video dan sebagainya, ia akan mengalih perhatian kita daripada asyik berfikir mengenai kapal terbang berlepas dan mendarat dan sebagainya. Saya juga suka membaca majalah sama ada yang majalah rasmi pesawat mahupun majalah yang dibeli di lapangan terbang.

4. Pilih tempat duduk yang betul
Ruangan yang sempit dan tertutup akan memberi lebih tekanan kepada mereka yang aerophobia. Saya gemar untuk memilih tempat duduk di sebelah laluan dalam pesawat (Aisle) kerana selain memudahkan pergerakan saya untuk ke tandas, tempat duduk tersebut memberikan saya ruang tambahan. Tapi kalau nak ruang yang lebih selesa, duduklah di kelas pertama ataupun kelas perniagaan. Hehehe. Saya masih belum mampu.

5. Berfikiran positif

Berfikiran positif dan sentiasa ingatkan diri mengenai tujuan sebenar kita menaiki pesawat. Seperti saya contohnya, sekiranya saya menaiki kapal terbang untuk menghadiri persidangan, fikirkan ia untuk saya berkongsi ilmu atau menimba ilmu. Sekiranya saya menaiki pesawat untuk menghadiri mesyuarat ataupun kursus, fikirkan ia sebahagian tanggungjawab yang diamanahkan dan untuk mencari rezeki. Sekiranya saya menaiki kapal terbang untuk melancong, fikirkan ia untuk saya lebih mengenali dan belajar tentang bumi Allah s.w.t.

6. Berdoa

Percayalah, kita akan lebih tenang selepas berdoa. Doa bermusafir dan doa menaiki kenderaan

7. Elak minuman berkafein

Ini kerana kafein akan membuatkan kita bertambah gelisah dan gementar. Minuman kegemaran saya semasa dalam penerbangan ialah jus epal atau jus oren

8. Teknik pernafasan

Tarik nafas perlahan-lahan dan dalam untuk kiraan lima atau sepuluh, kemudian lepas. InshaAllah akan lebih tenang.

 

Ketika saya menaiki pesawat Garuda dari Banjarmasin ke Balikpapan, Indonesia untuk menyampaikan Keynote di sana

Comments

  1. Great Writes… Keep Writing! DISCOVER THE HIDDEN KEY TO ONLINE SUCCESS – OUR SECRET SEO FORMULA

  2. A combination of cutting-edge techniques and strategic insights that propel your website to the forefront of search engine results. From on-page optimization to off-page tactics, every aspect of our formula is designed to maximize your website’s visibility and drive targeted traffic. https://bit.ly/3JKYpu5

  3. Good write..

Speak Your Mind

*