Salah satu pentaksiran antarabangsa khususnya dalam subjek Matematik yang disertai Malaysia ialah Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS). Walau bagaimanapun, pencapaian Malaysia dilihat tidak konsisten sejak penglibatannya pada tahun 1999. Bagaimana pencapaian subjek Matematik dalam kalangan pelajar di Malaysia? Bagaimana pula pencapaian Malaysia jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain yang turut mengambil bahagian?
Jangan lupa baca artikel saya di pautan berikut
Artikel ini membincangkan pencapaian subjek Matematik dalam pentaksiran TIMSS pada tahun 1999 sehinggalah yang terkini iaitu pada tahun 2015. Pencapaian ini turut dibandingkan dengan pencapaian negara-negara Asia Tenggara lain yang turut menyertai pentaksiran TIMSS. Perbincangan ini meliputi perbandingan dari setiap domain iaitu Domain Kandungan (Nombor, Pecahan, Ukuran, Data, Geometri dan Algebra) dan Domain Kognitif (Pengetahuan, Penggunaan & Penaakulan). Selain itu, pencapaian pelajar Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain untuk beberapa soalan Matematik TIMSS terpilih turut dibincangkan.
















Tahniah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana menerima penarafan enam bintang (sangat cemerlang), iaitu pengiktirafan tertinggi dalam Sistem Penarafan Institusi Pendidikan Tinggi (SETARA) 2017. SETARA 2017 telah dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Ia merupakan usaha penambahbaikan secara berterusan (Continous Quality Improvement (CQI)) dari Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) dalam meningkatkan budaya penambahbaikan kualiti akademik secara berterusan. Perkara ini penting dalam menjamin kualiti akademik, kebertanggungjawaban dan prestasi setiap universiti awam dan universiti swasta di Malaysia dengan memberikan penekanan terhadap pengajaran dan pembelajaran peringkat ijazah pertama. SETARA adalah satu proses penting bagi mengukur kedudukan pencapaian sesebuah universiti. Menurut Menteri KPT Malaysia, Datuk Seri Idris Jusoh, SETARA 2017 dilaksanakan melalui penilaian beberapa kriteria seperti keupayaan pensyarah, kewangan yang kukuh, kualiti pengajaran dan pembelajaran serta hasil penyelidikan dan inovasi.
Berikut merupakan pengalaman kali pertama Night Run saya:
Selalunya setiap petang, semasa berlari atas treadmill, saya setkan kadar larian saya ialah 8km/jam. Kebiasaannya saya boleh bertahan selama 40 minit tanpa henti iaitu, dari maksud matematiknya, larian saya hanya boleh mencapai jarak sejauh 5.3 km sahaja. Tetapi keputusan larian yang saya perolehi agak mengejutkan saya.. jeng.. jeng… jeng… Ini bermaksud keupayaan berlari di atas treadmill tidak membayangkan keupayaan sebenar anda berlari di atas jalan raya.






























