Monthly Archives: March 2018

Makluman Naik Taraf Rangkaian Internet di UTMKL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai makluman, CICT KL akan menaiktaraf peralatan rangkaian di Pusat Data UTMKL pada tarikh dan masa berikut :
Tarikh : 31/3/2018 (Sabtu) & 1/4/2018 (Ahad)
Masa : 9am – 6pm
Sepanjang proses naiktaraf ini, berkemungkinan talian internet akan menghadapi sedikit gangguan capaian. Walaubagaimanapun sekiranya berlaku gangguan, ianya adalah sementara dan tidak mengambil masa yang lama.
Diharapkan tidak berlaku sebarang gangguan sepanjang proses naiktaraf ini berjalan.
Sekian, Harap Maklum.

——————————————————————————————–

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Emel : cictcareline.kl@utm.my  | No telefon : 03-2615 4440

PENILAIAN PENGAJARAN PENSYARAH SECARA ELEKTRONIK (e-PPP) SEMESTER 2 SESI 2017/2018

Dimaklumkan bahawa minggu Penilaian Pengajaran Pensyarah secara Elektronik (e-PPP) bagi Semester 2 Sesi 2017/2018 oleh pelajar-pelajar Prasiswazah dan Pascasiswazah telah bermula pada 25 Mac 2018 sehingga 24 Mei 2018 ini. Capaian ke sistem Penilaian e-PPP adalah sebagaimana berikut :

http://aimsweb.utm.my/eppp/

Terima Kasih

 

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI1 2018 : 4 APRIL 2018 : UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI 1 2018.

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Dimaklumkan bahawa Task Force Penulisan dibawah Health & Wellness Research Alliance dengan kerjasama Institute For Vehicle Systems and Engineering (IVeSE) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018sebagaimana berikut:

Tajuk        :  Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

Tarikh       : 4 April 2018 (Rabu)

Masa        : 8.30 pagi – 5.00 petang

Lokasi      :  Bilik Ilmuan 2, Aras 2, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Dibimbing oleh: 

Prof Dr Mohammad Nazri bin Mohd Jaafar

SINOPSIS KURSUS:

Satu daripada sumber manuskrip yang utama dalam penerbitan ilmiah ialah tesis, iaitu latihan ilmiah yang disediakan penulis untuk memperoleh sesuatu ijazah. Namun persembahan tesis berbeza dengan buku. Pembaca tesis ialah dua atau tiga orang pemeriksa yang pakar dalam bidang, sementara pembaca buku ialah seramai mungkin pembaca yang bukan pakar. Justeru, usaha perlu dilakukan oleh penulis untuk mengubah suai persembahan tesis supaya sesuai memenuhi keperluan buku.

Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan ini diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek pemindahan tesis ke buku. Peserta akan dibimbing untuk mengubah audiens, cara persembahan, gaya penulisan dan membuang elemen yang tidak perlu, sementara menambahkan elemen yang perlu supaya tesis dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan.

Pada akhir bengkel, para peserta diharap dapat memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk memindahkan tesis masing-masing ke buku.

Kursus ini sesuai diikuti oleh para pensyarah, tutor, penyelidik dan orang ramai yang berminat untuk mengongsikan ilmu yang diperoleh daripada tesisnya kepada sejumlah pembaca yang lebih luas; di samping untuk membolehkan peserta memiliki buku ilmiah tulisan sendiri.

Janganlah biarkan tesis anda di perpustakaan sahaja. Terbitkanlah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
8.00 am – 8.30 am Pendaftaran
8.30 am – 9.00 am Ucapan aluan

Prof. Dr. Rosli bin Md Illias

(Dekan Health & Wellness RA)

9.00 am – 10.00 am Pengenalan kepada penulisan buku penyelidikan
10.00 am – 10.30 am Rehat (minum pagi)
10.30 am – 12.30 pm Kaedah, proses dan cabaran menghasilkan buku penyelidikan
12.30 pm – 2.00 pm Rehat
2.00 pm – 4.30 pm Mengenalpasti dan menilai bahan untuk dijadikan buku penyelidikan
4.30 pm Bersurai

Kumpulan Sasaran:

Pensyarah
Pelajar
Penyelidik
Individu yang terlibat dengan penyelidikan

Penyertaan terhad kepada 50 orang peserta pertama sahaja. Sila daftar sebelum 1 April 2018 

Koordinator Program:

Nur Arbainah binti Shamsul Annuar (017-7109890 – email : nurarbainah@utm.my)

Mazlan bin Said (013-7797846 – email: mazlan-s@utm.my)

Nadzlin binti Mohd Puad (email : nadzlin@utm.my)

  1.   Tuan/puan digalakkan menbuat pengesahan kehadiran di google formyang disertakan. Sila Klik pautanGoogle Form ini —–> Borang Penyertaan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

— 

Nur Arbainah Binti Shamsul Annuar
Research Officer

Health & Wellness Research Alliance
Office of Research Alliances

2nd Floor, Sultan Ibrahim Chancellory Building

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM JOhor Bahru

07-5531034
nurarbainah@utm.my

PROGRAM BICARA WANITA SAINS & TEKNOLOGI – 28 MAC 2018

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,
 
Sukacita dimaklumkan Persatuan Wanita Teknologi (WANGI) Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur  akan mengadakan Program Bicara Wanita Sains 
 
& Teknologi  yang bertajuk  ‘Wanita Pemangkin Pendidikan Sains dan  Teknologi’ yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk. Dr. Azizan binti 
 
Baharuddin,  Ketua Pengarah IKIM seperti butiran berikut:
 
 
                           Tarikh/Hari : 28hb Mac 2018/Rabu
 
                           Masa : 2.00 – 4.30 petang
 
                           Tempat : Bilik Ilmuan 1, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur
 
 
Peserta : Terhad kepada 100 orang yang terawal mendaftar (peserta dalam UTM & luar UTM)
 
 
Pendaftaran boleh dibuat melalui http://bit.ly/2oCib1Q
 
* Mata CPD (peserta UTM), Sijil Penyertaan (peserta luar UTM)  dan ‘Goodies Bag’ menanti anda !
 
 
Kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Salam
 
Urusetia Program
Persatuan Wanita Teknologi (WANGI)
Universiti Teknologi Malaysia
Kuala Lumpur
Tel : 603-2180 5380
Faks : 603 -2180 5380

ICC Engagement Session (UTM KL): Increase Your Research Impact Via Commercialization

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Kehadapan YBhg Prof. / Saudara,

ICC sedang dalam usaha mengenalpasti projek-projek penyelidikan yang berpotensi dikomersilkan dan boleh memberi impak kepada usaha penjanaan pendapatan kepada RG khususnya. Sehubungan itu, satu sesi perjumpaan bersama ahli-ahli RG

​ dan semua Penyelidik UTM di UTM KL akan
diadakan

bagi mencapai hasrat ini.

​Cadangan  tarikh dan masa adalah seperti di bawah:
Tarikh: 13 Mac 2018
Masa: 10am – 5.00pm
Tempat: Bilik Al-Ikhlas, UTM Kuala Lumpur
Nota: Mohon daftarkan penyertaan anda melalui link ini: DAFTAR KEHADIRAN

Antara Isu/Agenda yang akan dibincangkan semasa perjumpaan

​termasuklah

:

1)

​Taklimat Harta Intelek dan Sistem Innocomms​
​2) ​

​Taklimat Dana Dan Pembangunan Prototaip ICC (Maklumat Lanjut, Klik sini)

​3​

) ​

​Taklimat Proses Perlesenan UTM-SpinOff
4) Lain-lain Hal: ​
​- ​

Kenalpasti projek penyelidikan yang berpotensi menjana pendapatan kepada ahli-ahli RG

​- ​

Perkongsian tips / kaedah penjanaan pendapatan melalui komersilisasi daripada projek-projek penyelidikan atau perundingan yang sedang diusahakan oleh RG

Besar harapan kami agar inisiatif ini disambut baik, dan mendapat maklum balas

​positif

daripada pihak Ketua RG

Sila hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan berkenaan inisiatif ini
Perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Ikhlas,
 
Azlin Abd Jamil 
 
Innovation and Commercialisation Centre (ICC), 
Industry Centre, Technovation Park, 
Universiti Teknologi Malaysia, 
81310 Skudai, Johor 
Tel (O): +607 5591584 
Tel (HP): +6019 7769000 
Fax: +607 5576904 
E-mail: azlinjamil@utm.my

CALL FOR APPLICATION – Summer School in Cambridge [DEADLINE 16 March 2018]

CALL FOR APPLICATION – Summer School in Cambridge [DEADLINE 16 March 2018]

A summer school will be held in Cambridge this year with the theme ‘Fluid dynamics of sustainability and the environment’, from 27 August to 7 September 2018. Details can be found at:

http://www.fdse.org/www-description.html

The application deadline for the Summer School is 16 March 2018.

Candidates below 40 years old from Bangladesh, Brunei Darussalam, Hong Kong, India, Malaysia, Nepal, Pakistan, Singapore and Sri Lanka; having First Class Honors or equivalent academic achievement in physical and earth sciences at the bachelors level; with excellent proficiency in both spoken and written English; and currently undertaking research at the doctoral or post-doctoral level are encouraged to apply for the Summer School.

Successful applicants for the Summer School can apply for the Malaysia Window to Cambridge at UKM (MW2C@UKM) fellowship administered by ANCST by contacting the Secretariat [Email: ancst@ancst.org].

Thank you for your support,

Joy Jacqueline Pereira, Ph.D., FASc.
Professor, SEADPRI-Universiti Kebangsaan Malaysia
Director, Asian Network on Climate Science and Technology (ANCST)
Vice Chair, IPCC Working Group 2 on Impacts, Adaptation and Vulnerability

UTM DIGITAL LIFESTYLE : PENGGUNAAN APLIKASI UTMSMART BAGI MEREKOD KEHADIRAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebagai satu insiatif UTM Digital Lifestyleaplikasi UTMSmart akan digunakan untuk merekod kehadiran staf ke Majlis Perhimpunan Bulanan bermula daripada bulan Mac ini.

Aplikasi ini perlu dimuat turun dan diinstalasi ke telefon pintar anda (sistem operasi Android  4.4 dan ke atas) bagi membolehkan kehadiran anda direkodkan.

Ikuti langkah-langkah di bawah  untuk merekod kehadiran anda menggunakan UTMSmart :

  1. Sila muat turun aplikasi ini di Google Play dan cari aplikasi UTMSmart atau terus ke pautanUTMSmart@GooglePlay.
  1. Sila imbas QR di dalam Dewan Sultan Iskandar/ Dewan Azman Hashim menggunakan aplikasi  UTMSmart ini. Panduan lengkap telah disertakan di pautan UTMSmart Google Play.

 

Sekian.

Terima kasih.

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

HUBUNGI KAMI Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my  | Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136