BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI1 2018 : 4 APRIL 2018 : UTM KUALA LUMPUR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

BENGKEL PENULISAN BUKU PENYELIDIKAN SIRI 1 2018.

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Dimaklumkan bahawa Task Force Penulisan dibawah Health & Wellness Research Alliance dengan kerjasama Institute For Vehicle Systems and Engineering (IVeSE) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018sebagaimana berikut:

Tajuk        :  Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

Tarikh       : 4 April 2018 (Rabu)

Masa        : 8.30 pagi – 5.00 petang

Lokasi      :  Bilik Ilmuan 2, Aras 2, Anjung Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

Dibimbing oleh: 

Prof Dr Mohammad Nazri bin Mohd Jaafar

SINOPSIS KURSUS:

Satu daripada sumber manuskrip yang utama dalam penerbitan ilmiah ialah tesis, iaitu latihan ilmiah yang disediakan penulis untuk memperoleh sesuatu ijazah. Namun persembahan tesis berbeza dengan buku. Pembaca tesis ialah dua atau tiga orang pemeriksa yang pakar dalam bidang, sementara pembaca buku ialah seramai mungkin pembaca yang bukan pakar. Justeru, usaha perlu dilakukan oleh penulis untuk mengubah suai persembahan tesis supaya sesuai memenuhi keperluan buku.

Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan ini diadakan untuk melatih para peserta secara teori dan amali tentang aspek pemindahan tesis ke buku. Peserta akan dibimbing untuk mengubah audiens, cara persembahan, gaya penulisan dan membuang elemen yang tidak perlu, sementara menambahkan elemen yang perlu supaya tesis dapat diterbitkan sebagai buku penyelidikan.

Pada akhir bengkel, para peserta diharap dapat memperoleh pengetahuan dan kepakaran yang diperlukan untuk memindahkan tesis masing-masing ke buku.

Kursus ini sesuai diikuti oleh para pensyarah, tutor, penyelidik dan orang ramai yang berminat untuk mengongsikan ilmu yang diperoleh daripada tesisnya kepada sejumlah pembaca yang lebih luas; di samping untuk membolehkan peserta memiliki buku ilmiah tulisan sendiri.

Janganlah biarkan tesis anda di perpustakaan sahaja. Terbitkanlah untuk memberi manfaat kepada orang lain.

TENTATIF PROGRAM

Masa Aturcara
8.00 am – 8.30 am Pendaftaran
8.30 am – 9.00 am Ucapan aluan

Prof. Dr. Rosli bin Md Illias

(Dekan Health & Wellness RA)

9.00 am – 10.00 am Pengenalan kepada penulisan buku penyelidikan
10.00 am – 10.30 am Rehat (minum pagi)
10.30 am – 12.30 pm Kaedah, proses dan cabaran menghasilkan buku penyelidikan
12.30 pm – 2.00 pm Rehat
2.00 pm – 4.30 pm Mengenalpasti dan menilai bahan untuk dijadikan buku penyelidikan
4.30 pm Bersurai

Kumpulan Sasaran:

Pensyarah
Pelajar
Penyelidik
Individu yang terlibat dengan penyelidikan

Penyertaan terhad kepada 50 orang peserta pertama sahaja. Sila daftar sebelum 1 April 2018 

Koordinator Program:

Nur Arbainah binti Shamsul Annuar (017-7109890 – email : nurarbainah@utm.my)

Mazlan bin Said (013-7797846 – email: mazlan-s@utm.my)

Nadzlin binti Mohd Puad (email : nadzlin@utm.my)

  1.   Tuan/puan digalakkan menbuat pengesahan kehadiran di google formyang disertakan. Sila Klik pautanGoogle Form ini —–> Borang Penyertaan Bengkel Penulisan Buku Penyelidikan Siri 1 2018

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

— 

Nur Arbainah Binti Shamsul Annuar
Research Officer

Health & Wellness Research Alliance
Office of Research Alliances

2nd Floor, Sultan Ibrahim Chancellory Building

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM JOhor Bahru

07-5531034
nurarbainah@utm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *