7 HARI LAGI! PENGISIAN LAPORAN PROJEK BERIMPAK TINGGI SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) TAHUN 2017 (e-LPPT)

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh  & Salam Sejahtera

Yg. Bhg. Prof. / Dr. / Saudara, 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (Centre for Community & Industry Network – CCIN) UTM bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian berimpak tinggi (Star Rating) terhadap projek libatsama komuniti yang telah dilaksanakan oleh universiti sepanjang tahun.

Ianya bagi mengukur keberkesanan projek, memberi impak dan manfaat serta membawa perubahan sosial atau ekonomi terhadap komuniti lebih lestari.  Penilaian tersebut akan dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa Penilaian Projek Libatsama Komuniti Universiti (JPPLKU). Pelaksanaan penilaian libatsama komuniti berimpak tinggi ini telah menjadi salah satu elemen BONUS di dalam Penilaian Prestasi Staf Akademik secara atas talian (eLPPT).

 

Sehubungan dengan itu, dimohon kerjasama semua Ketua Penyelidik Geran yang telah mendaftar Geran Penyelidikan di RADIS (seperti geran CCIN / IISJ / PPRN / dll) yang melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu / teknologi sepanjang 2017 berdasarkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan, untuk mengisi borang Community Engagement Impact Rating Form (CEIR) di TAB STAR RATING pada geran penyelidikan yang telah didaftarkan.

 

Semua penghantaran pelaporan perlu dilengkapkan dengan bukti-bukti yang dikehendaki didalam borang CEIR tersebut dan perlu disahkan oleh Dekan / Timbalan Dekan  fakulti dan dimuat naik sebelum atau pada 24 Disember 2017. Tiada tempoh pemanjangan tempoh atau rayuan selepas tarikh – tarikh penting dibawah:

 

TARIKH PENTING
Pendaftaran  Projek Baru  dan semakan : Sehingga 21 Disember 2017
 
Proses Memuat Naik BORANG CEIR di tab Star Rating : Sehingga 24 Disember 2017
Proses Saringan : 25 – 26 Disember 2017
 
Proses Penilaian : 27 Disember – 3 Januari 2018
 
Semakan Pemarkahan dan Keputusan – 4 Jan – 9 Januari 2018
 
Keputusan Penuh di RADIS :14 Januari 2018
 
​Dengan ini dilampirkan borang CEIR dan flowchart untuk tindakan dan perhatian semua. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami ditalian sambungan ext : 37556 / 38002 / 37884 (CCIN JB) dan 03-26154828 (CCIN KL). Kerjasama dan perhatian semua amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Inline image 1
Pusat Jaringan Komuniti dan Industri | Centre for Community and Industry Network (CCIN)

Taman Tropika, Universiti Teknologi Malaysia, 

81310, Skudai, Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Tel : 07-5537556 / 37884 / 37819   |    Faks    : 07-5537630