PEMATUHAN PENGGUNAAN LOGO UTM YANG BETUL

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

 
Didoakan semoga warga UTM dalam keadaan sihat dan ceria.
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan juga hebahan dan perkongsian daripada Pej HEK sebelum ini adalah berkaitan.
 
Dukacita dimaklumkan masih terdapat  hebahan / promosi yang dikeluarkan oleh pelbagai entiti dalam UTM atau rakan kolaborasi yang menggunapakai 
logo UTM yang salah.   Keadaan sebegini  boleh menjejaskan hasrat universiti untuk memantapkan  penjenamaan UTM  kepada umum.
 
Bagi menjamin ketepatan dan keselarasan, semua warga UTM termasuklah pihak yang menjalin kolaborasi dengan Universiti kitaWAJIBLAH  menggunapakai logo yang telah diluluskan oleh pengurusan universiti.     Sila gunakan logo yang dibenarkan sahaja untuk semua promosi / hebahan / pengumuman samada pada media sosial, bahan cetakan dll.  Maklumat lengkap boleh didapati pada   pautan berikut  –    http://brand.utm.my/toolkit/
 
Sehubungan itu, mohon perhatian dan kerjasama semua pihak bagi bersama-sama menguatkuasa dan menyokong hasrat  Universiti untuk memperkasakan penjenamaan melalui penggunaan  LOGO yang betul  kerana logo yang betul dan standard melambangkan kredibiliti  sesebuah organisasi.
Kerjasama dan perhatian setiap pegawai bertanggungjawab di PTJ / Fakulti / Unit  untuk memaklumkan mengenai pematuhan penggunaan logo ini kepada pelajar-pelajar dan rakan kolaborasi masing-masing amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *