Category Archives: Announcement

PEMAKLUMAN WAKTU OPERASI PINTU MAKTAB 1

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara

 
Dimaklumkan bahawa, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset dan Hartanah UTMKL Bil.4/2017, Seksyen Keselamatan akan membuka pintu pagar Maktab 1 ( di kawasan panel solar) kepada warga kampus UTMKL berkuatkuasa hari ini 24 November 2017 (Jumaat). Masa operasi pintu tersebut adalah seperti berikut:
A. Isnin – Jumaat
 
    1. 0645H – 0845H (PAGI)
    2. 1615H – 1815H (PETANG)
 
B.  Sabtu & Ahad
 
    1. TUTUP
 
Sebarang permohonan khas untuk membuka pintu pagar tersebut selain daripada waktu operasi yang dinyatakan, hendaklah dimajukan kepada Seksyen Keselamatan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum program/ aktiviti berlangsung.
Kerjasama daripada warga kampus UTMKL amat diahrgai.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”

KHAIRUL ZAMAN BIN MOHD RADZI

Ketua Seksyen
Seksyen Keselamatan
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 KUALA LUMPUR
 
Office:+(6)03 2615 4949 | Mobile: +(6)013 2006 061 | Fax: +(6)03 2615 4236

Primary Email: khairulzaman@utm.my | Secondary Email: khairulzaman88@yahoo.com

Security Management

15 November 2017: UTM Library Roadshow at Menara Razak Foyer, UTM Kuala Lumpur

 

Dear All, 
If you can’t get to the Library, let the Library come to you! 😎
UTM Library Kuala Lumpur will be having a Roadshow at Menara Razak Foyer, UTM KL :
 
Date: 15 November 2017 (Wednesday)
Time: 10.00am –  3.00pm
Venue: Menara Razak Foyer, UTM Kuala Lumpur
 
Come and meet us at the Roadshow and learn how we can help your research and study needs! Highlights of the event includes:
1) Research publication consultation – Indexed Journals (Scopus, Web of Science), RADIS, Impact Factors, Quartiles,  etc. 
2) Library services – borrow and return books, update membership records and BOOK DONATION DRIVE.

PENUTUPAN SEMENTARA SISTEM UNIVERSITI DAN CAPAIAN RANGKAIAN KAMPUS JB DISEBABKAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK / TEMPORARY SYSTEM AND NETWORK SHUTDOWN DUE TO ELECTRICITY SUPPLY SHUTDOWN

PENUTUPAN SISTEM UNIVERSITI DAN CAPAIAN RANGKAIAN KAMPUS JB DISEBABKAN PENUTUPAN BEKALAN ELEKTRIK 

 

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Emel daripada Pejabat Harta Bina berkaitan penutupan bekalan elektrik di beberapa lokasi UTM bagi memberi laluan kepada kerja-kerja di pencawang elektrik bagi pembangunan projek Pusat Data UTM adalah dirujuk.

Oleh yang demikian, kesemua sistem universiti yang ditempatkan di Pusat Data UTM dan capaian rangkaian di kampus JB akan di tutup sementara waktu bagi memberi laluan kepada aktiviti ini pada :

Tarikh :  11 November 2017 (Sabtu)

Masa   :  7:00 pagi – 10:00 mlm

 

Diminta semua pengguna dapat merancang aktiviti penggunaan perkhidmatan ICT dengan mengambil kira penutupan sistem ini.

 

Penutupan sementara ini amatlah perlu untuk meningkatkan tahap kemudahan dan perkhidmatan ICT di masa hadapan.

Segala kesulitan amat dikesali.

Harap maklum. Terima kasih.

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

HUBUNGI KAMI Sistem Aduan : http://aduan.cict.utm.my  | Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136

PEMAKLUMAN PENUTUPAN PARKIR SEMPENA JAPAN DAY

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara

 
Dimaklumkan bahawa program Japan Day akan dianjurkan pada 9 November 2017 (Khamis) bermula dari 0900H hingga 1630H yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.
Seksyen Keselamatan akan menutup beberapa kawasan parkir yang terlibat iaitu:
a) Parkir Jalan Cantik
b) Parkir Belakang Scholar’s Inn
c) Antara bangunan Menara Razak dan Blok J3
d) Laluan bermula dari bulatan sehingga mesin ATM
Bersama ini juga dilampirkan peta kawasan parkir yang akan ditutup buat sementara waktu (berlorek merah) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, semua warga kampus dipohon untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi peraturan lalulintas bagi melancarkan aliran lalulintas serta program universiti tersebut.
Kerjasama daripada semua amat dihargai. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”

KHAIRUL ZAMAN BIN MOHD RADZI

Pegawai Keselamatan
Seksyen Keselamatan
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 KUALA LUMPUR
 
Office:+(6)03 2615 4949 | Mobile: +(6)013 2006 061 | Fax: +(6)03 2615 4236

Primary Email: khairulzaman@utm.my | Secondary Email: khairulzaman88@yahoo.com

Security Management

KLINIK eLPPT 2017

Assalamualaikum w.r.t. w.b.t. dan Salam Sejahtera,
YBrs. Prof./Prof. Madya /Dr /Tuan /Puan /Saudara,
KLINIK eLPPT 2017 akan diadakan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh : 6 November 2017 (Isnin)
 
Masa : 2.30 petang
 
Tempat : Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur [LINTAS LANGSUNG]
 

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dipersilakan hadir.

Nota: 1. Staf digalakkan membawa laptop untuk tujuan tersebut.
          2. Kehadiran akan diambilkira sebagai mata CPD di UTMSmile.
Sekian, terima kasih.
 
Pejabat Pendaftar
UTM Kuala Lumpur
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 W.P Kuala Lumpur
Office: 03-2615 4830 | Fax: 03-2693 4344
Primary Email: registrar.kl@utm.my | Site: http://kl.utm.my/pendaftar