PEMAKLUMAN PENUTUPAN PARKIR SEMPENA JAPAN DAY

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera

YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara

 
Dimaklumkan bahawa program Japan Day akan dianjurkan pada 9 November 2017 (Khamis) bermula dari 0900H hingga 1630H yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi.
Seksyen Keselamatan akan menutup beberapa kawasan parkir yang terlibat iaitu:
a) Parkir Jalan Cantik
b) Parkir Belakang Scholar’s Inn
c) Antara bangunan Menara Razak dan Blok J3
d) Laluan bermula dari bulatan sehingga mesin ATM
Bersama ini juga dilampirkan peta kawasan parkir yang akan ditutup buat sementara waktu (berlorek merah) untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.
Sehubungan itu, semua warga kampus dipohon untuk memberi kerjasama sepenuhnya dan mematuhi peraturan lalulintas bagi melancarkan aliran lalulintas serta program universiti tersebut.
Kerjasama daripada semua amat dihargai. Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH”

KHAIRUL ZAMAN BIN MOHD RADZI

Pegawai Keselamatan
Seksyen Keselamatan
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 KUALA LUMPUR
 
Office:+(6)03 2615 4949 | Mobile: +(6)013 2006 061 | Fax: +(6)03 2615 4236

Primary Email: khairulzaman@utm.my | Secondary Email: khairulzaman88@yahoo.com

Security Management

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *