Category Archives: Announcement

JEMPUTAN: HARI BERSAMA PELANGGAN (HBP) UTM KUALA LUMPUR 2016

Salam sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar UTMKL dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan Hari Bersama Pelanggan (HBP) UTM Kuala Lumpur 2016pada ketetapan berikut:

        Tarikh    : 23 November 2016 (Rabu)

        Masa     : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

        Tempat  : Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTMKL

        Perasmi : YBhg. Prof. Dr. Azlan bin Abdul Rahman, TNC (Pembangunan)

3.      Sehubungan dengan itu seluruh warga kampus UTMKL adalah dijemput hadir ke program HBP UTMKL 2016. Terdapat lebih daripada 30 kaunter perkhidmatan pelbagai PTJ boleh tuan/puan kunjungi disamping gerai-gerai yang menjual pelbagai produk seperti demonstrasi masakan, pakaian, makanan, produk kesihatan, produk IKS dan sebagainya. Selain itu, agensi Kerajaan seperti JPJ, PPZ, PTPTN, Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M). dan bank juga ada membuka kaunter perkhidmatan mereka.

4.      Hadiah-hadiah menarik juga bakal menanti pengunjung yang bertuah dalam siri cabutan nombor bertuah yang akan dibuat pada jam 11.00 pagi semasa majlis perasmian (pusingan pertama) dan 2.30 petang (pusingan ke-2).

5.      Marilah beramai-ramai berkunjung ke HBP UTMKL 2016, “Perkhidmatan Cemerlang, Pelanggan Girang”. 

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

MOHD NAJIB BIN MASROOM

Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran)

Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

Office: 03-2615 4916 I Fax: 03-2693 4344

Primary Email: mohdnajib.kl@utm.my I Secondary Email: jfg1816@gmail.com I Site: http://registrar.utm.my/kualalumpur

UTM Library Kuala Lumpur Open Day 2016 Invitation

Assalamualaikum and Dear all,
unnamed
UTM Library Kuala Lumpur  cordially invites all staff and students to our Open Day, which will be held as follows:
Date :      23 November 2016 (Wednesday)
Time :     9.00 am- 4.00 pm
Venue:    Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur  

Services provided including :
  • New membership registration
  • Registration for Friends of UTM Library
  • Turnitin registration and tutorial
  • Library account updates
  • Finding your H-Index and others
There will be goodies and gifts to be won for quiz participation. 
If you have any used or new books to donate, kindly drop the books at our Book Donation Box. 
Do save the date and join us there.

CAR FREE DAY UTM 2016

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari

Greetings,
Y.Bhg. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Saudara,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia akan melaksanakan Car Free Day Peringkat UTM dan bakal bermula pada 5 Disember 2016. Pihak sekretariat, UTM Campus Sustainability (UTMCS) bersama penganjur bersama yang lain mengesyorkan supaya kaedah yang bakal dilaksanakan akan memberikan sedikit transformasi misi ke arah “Kampus Rendah Karbon” (Low Carbon Campus) yang bakal mengubah sedikit demi sedikit mentaliti dan keprihatinan warga kampus.

Mungkin agak klise dan mewujudkan persepsi negatif di kalangan semua warga kampus. Bagaimanapun, penambahbaikan dan perubahan positif akan tetap dilaksanakan selaras dengan usaha UTM untuk memacu kampus berinisiatif global dan dikenali sebagai pusat rujukan Kampus Hijau dan Lestari. Matlamat utama ialah membina mentaliti kelas pertama dan meningkat infra “green and sustainable” secara berperingkat. Pelbagai cadangan dan saranan baru telah dimasukkan dalam aktiviti kalendar UTM Campus Sustainabilitysehingga kini. Dan, perlaksanaan salah satu program seperti ini akan memberikan lebih ruang kepada UTM untuk penambahbaikan inisiatif tersebut.

Pihak kami menjangka inisiatif ini akan memberikan pelbagai impak terutama dalam koordinasi PTJ, makluman dan hebahan umum, kaedah perlaksanaan dan seterusnya mengekalkan momentum ini nanti. Terdapat beberapa lagi inisiatif keperluan “green and sustainable” ini pada masa akan datang. InsyaAllah, pihak kami akan terus ke hadapan dan memerlukan sokongan semua warga kampus sama ada Fakulti/Pejabat/Bahagian/Unit untuk sama-sama menyokong inisiatif seperti ini.

Mungkin terdapat masalah-masalah yang akan berlaku dan pihak sekretariat akan menambahbaik pada masa akan datang. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penganjur bersama untuk program “Car Free Day” Peringkat UTM ini. Semoga kita semua dibekalkan kekuatan dan keberkatan di atas usaha yang murni ini.

Sekian. Kami Prihatin.

Terima Kasih.
Yang Benar,
Pengarah
UTM Campus Sustainability
Universiti Teknologi Malaysia

PENANGGUHAN PROGRAM TAKLIMAT EKSA

PENANGGUHAN PROGRAM Taklimat ekosistem kondusif sektor awam (EKSA)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa taklimat EKSA yang dijadualkan 22 November 2016 DITANGGUHKAN sehingga tarikh yang akan diberitahu kerana pihak penceramah tidak dapat menghadirkan diri disebabkan terlibat dengan tugasan yang tidak dapat dielakkan.

Pihak PIUTMKL  memohon maaf di atas kesulitan ini.
 
Sekian, terima kasih.

PENANGGUHAN PROGRAM SENAMROBIK BULAN NOVEMBER 2016

PENANGGUHAN PROGRAM SENAMROBIK BULAN NOVEMBER

2016
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Program Senamrobik bulan November 2016 DITANGGUHKAN kerana memberi laluan kepada Hari Bersama Pelanggan UTMKL.

Sehubungan dengan itu, seluruh Warga UTMKL dimohon mengambil maklum mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.

 
Office of Corporate Affairs
Level 16, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
 
e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl

ANUGERAH ANAK CEMERLANG BAKES

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli Badan Kebajikan Staf Universiti Teknologi Malaysia (BAKES UTM).

Kepada ahli2 yg anaknya mendapat keputusan cemerlang dgn keputusan 6A pada peperiksaan UPSR yg baru lalu, boleh lah mengemukakan tuntutan bagi anugerah anak cemerlang BAKES pada pihak BAKES dengan mengisi borang yg boleh didapati dr laman web BAKES spt berikut

www.utm.my/bakes

Tahniah sekali lagi keppada anak-anak cemerlang UPSR kali ini. Sebarang kemusykilan boleh whatsapp Roslan Abd. Ghani Hema (roslangh@utm.my) di hp no 019-7124394.

Terima kasih.

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejutruteraan Data) Berdasarkan Pendekatan Pembelajaran berasaskan kerja (2u2i) & Ucaptama CEO @ Faculty Programme Oleh Y. Bhg Dato Yasmin Mahmood CEO MDEC

slider-2u2i

 

Salam Sejahtera,

Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat jemputan daripada Y.Bhg Prof Dr Rose Alinda binti Alias, Timbalan Naib Canselor.

  1.    Adalah dimaklumkan bahawa Majlis pelancaran di atas akan diadakan seperti berikut :

Tarikh               :           17 November 2016 (Khamis)

       Masa                :           2.00 petang

       Tempat             :           Dewan Azman Hashim,

                                           Menara Razak,

                                           UTM Kuala Lumpur

 

  1.    Untuk makluman Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan, Program ini adalah salah satu inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan graduan. Ia juga adalah salah satu inisiatif di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) (Pendidikan Tinggi) bagi meningkatkan penyertaan sektor industri dalam sistem pendidikan negara melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran masing-masing.
  1.      Sehubungan dengan itu, semua staf dan Pelajar UTM AIS adalah dijemput hadir dan kehadiran adalah diwajibkan.

Surat jemputan dan aturcara program adalah seperti di lampiran.

Kerjasama Y Bhg Prof / Prof Madya / Dr / Tuan / Puan di dalam hal ini amatlah dihargai.

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PEJABAT BENDAHARI 2016

Assalammualaikum W.R.T & Salam 1 Malaysia.

 
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 
 
 
Pelanggan yang dihormati, 
 
 
Pejabat Bendahari adalah di dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan, ke arah penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi. Oleh itu, pihak kami sedang mendapatkan maklum balas dari pelanggan yang dihormati. Pandangan dan komen yang dikongsikan amatlah berharga dalam memastikan kelangsungan usaha ini. 
 
 
Pengurusan Pejabat Bendahari amat berterima kasih dan berharap Tuan / Puan dapat meluangkan sedikit masa dalam menjawab soal selidik yang telah disediakan di pautan di bawah.
 
 
Klik pautan berikut untuk menjawab:
 
 
Sekian, terima kasih. 😊😊😊😊
 
 

 
 
AZLIANA BINTI MOHD AZLAN
Assistant Bursar
Corporate Communication Unit
The Bursary
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor Darul Ta’zim
Tel No.: 07 – 55 30168
Email: azliana@utm.my
 
 
Simplicity breeds clarity. – Steve Jobs

PENUTUPAN PORTAL ELEARNING

PENUTUPAN PORTAL ELEARNING 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Adalah di maklumkan bahawa portal eLearning akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang bermula pada 16 hb November 2016 (Rabu), jam 12 malam sehingga 17 hb November 2016 (Khamis), jam 3 petang.

 

Segala kesulitan amat dikesali.

 

Terima Kasih.

 

Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM),

Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Universiti Teknologi Malaysia.

Emel : aduit@utm.my  | No telefon : 07-5532136

 
ELEARNING PORTAL CLOSURE 

 

Assalamualaikum & Good Day,

 

Please be informed that eLearning portal will be closed temporarily due to maintenance work starting from 12 am,16th November 2016 (Wednesday) until  3 pm, 17th November 2016 (Thursday).

 

We apologize for any inconvenience caused.

 

Thank you for your understanding and support.

 

Customer Relationship Management (CRM),

Center for Information and Communication Technology,

Universiti Teknologi Malaysia.

Email : aduit@utm.my   |  Phone No : 07-5532136