Category Archives: Announcement

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 2016 / CUSTOMER SATISFACTION INDEX 2016

As Salam & Salam Sejahtera,
YBhg Prof/Saudara,

Emel kami pada 11, 20, 29 September dan 12 Oktober 2016 adalah berkaitan. Terima kasih kepada mereka yang telah menjawab kajian ini.

Kajian ini adalah penting bagi mempertingkatkan lagi sistem penyampaian awam yang berkesan dalam membina kepercayaan pelanggan dan seterusnya mencapai sasaran Universiti dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Mohon YBhg Prof/Saudara meluangkan sedikit masa untuk menjawab kajian ini di pautan di bawah. Kaji selidik ini boleh dibuat berulang kali untuk menilai PTJ/Fakulti yang berlainan (boleh menilai lebih daripada satu PTJ /unit yang Y. Bhg Prof / saudara pernah berurusan). 

Versi  BAHASA INGGERIS  :

http://www.utm.my/survey-english-2016

Versi BAHASA MALAYSIA  :

http://www.utm.my/survey-malay-2016

Kami juga memohon kerjasama dan bantuan daripada semua PTJ / fakulti  untuk menyebarluaskan kajian ini kepada para pelanggan PTJ / Fakulti masing-masing seperti para mahasiswa (PG & UG), pembekal, alumni dsbnya.

Kajian ini dibuka  sehingga 10  November, 2016. 

Penglibatan semua di dalam kajian tahap kepuasan pelanggan(CSI) ini  ini amatlah dihargai.

**Nota :   Untuk makluman analisis dapatan kajian mengikut PTJ/Fakulti bagi tahun 2015, telah kami kongsikan bersama ketua-ketua PTJ / Fakulti untuk makluman dan tindakan masing-masing.

Gangguan Bekalan Elektrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

Dimaklumkan gangguan bekalan elektrik berlaku lagi pada jam 11.10 pagi ini yang melibatkan kolej kediaman pelajar antaranya Kolej Tuanku Canselor (KTC), Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Kolej Tun Dr Ismail (KTDI), Kolej Tun Razak (KTR), Kolej Rahman Putra (KRP) dan Kolej Tun Fatimah (KTF).

 

Manakala sebahagian zon Lingkaran Ilmu meliputi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI) dan zon Lingkaram Luar membabitkan Blok F54, Rumah Alumni, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Makmal Aeronautik,  Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Komputeran.

 

Pihak Pejabat Harta Bina akan melaksanakan ujian kabel antara PE01 dan PE61. Bekalan dijangka akan dapat disalurkan sebelum jam 7.00 malam ini.

 

Sekian, harap maklum.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA NC UTM – Nov 2016

unnamed

YBhg. Prof./Saudara,


Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (November) bersama YBhg. Datuk Naib Canselor yang akan diadakan pada 07 November 2016 (Isnin).
Dimaklumkan, mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot di dalam perhimpunan bulanan ini perlu memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung.

Perincian Perhimpunan Bulanan (Oktober) adalah seperti berikut:

Tarikh : 07 November 2016 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat :

i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur 
ii.
Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.[LINTAS LANGSUNG]

Invitation to Keynote Speech: Big Data and The Third Platform on 26th October 2016 (Wednesday)

Assalamualaikum and Salam Sejahtera to all UTMKL Staff,

Prof./Assoc. Prof/Dr./Mr/Ms,
UTM Advanced Informatics School (AIS) is pleased to invite all of UTM KL staff and students to Keynote Sessions in conjunction to our Postgraduate Annual Research on Informatics Seminar (PARIS 2016) that will be held on 26th Oct 2016 (Wednesday).We have 2 keynote speakers and the detail of the event is as the followings:
Date: Wednesday, 26th October 2016
Venue: Dewan Seminar, Aras 1, Menara Razak, UTM KL
 
Keynote Speech 1
Time: 10.00 am – 11.00am
Title: Is there a career in Big Data?
Speaker: Mr. Stan Lee, Director Fusionex International
Keynote Speech 2
Time: 2.00 pm – 3.00pm
Title: The 3rd Platform: Enabling Next Generation Technology
Speaker: Dr. Nor Hazilawati Awang, COO HeiTech I-Solutions
http://bit.ly/2eq8Plv << to register. Kindly disseminate this information to your students and colleagues.
We look forward to seeing you at the event. Your kind support for the event is highly appreciated.
Thank you.
Regards,
—
Dr. Kamilia Kamardin
Senior Lecturer
Advanced Informatics School,
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur

PEMAKLUMAN PEKELILING SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH

Assalamualaikum wr. wbt, dan  Salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya saya merujuk  kepada perkara diatas.

  1. Bersama-sama ini disertakan makluman Pekeliling Sekolah Pengajian Siswazah untuk perhatian dan tindakan Y.Bhg. Prof./Prof. Madya/Saudara selanjutnya :
  1.   Pekeliling Pindaan Bentuk Pendaftaran Pengajian Pasca Siswazah  Kepada Sepenuh Masa; 
  2. Pekeliling Penguguran Permohonan Penganugerahan Bagi Pelajar ;
  3. Pekeliling Yuran Peperiksaan Lisan (VIVA VOCE) Bagi Ijazah Kedoktoran dan Sarjana (Penyelidikan) 

 

yuran-peperiksaan-lisan-pasca-siswazah-secara-penyelidikan

sps-pekeliling-ft-sps-final

pekeliling-penguguran-permohonan-penganugerahan

Sekian, untuk makluman.

Terima kasih.

Asram Sulaiman @ Saim

Deputy Registrar

School of Graduate Studies

Universiti Teknologi Malaysia

81310 UTM Johor Bahru.

PERKONGSIAN PENGALAMAN WOMEN’S BOAT TO GAZA

unnamed

 

Assalamualaikum wbt,

 

YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Dewan Wanita, Majlis Dakwah Negara (MDN) dengan kerjasama persatuan WANGI UTM Kuala Lumpur dan IKRAM akan mengadakan sesi perkongsian pengalaman Women’s Boat to Gaza bersama DR FAUZIAH MOHD HASSAN seperti ketetapan berikut;

Tarikh      :  20 Oktober 2016 [Khamis]

Tempat    :  Dewan Jumaah, UTMKL

Masa       :  9:30 am

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dijemput untuk turut menjayakan program tersebut di atas. Untuk makluman, Yang Berbahagia Pengarah Kampus telah bersetuju memberi pelepasan pejabat kepada Staf UTMKL yang berkelapangan dan kehadiran akan dicatat sebagai mata CPD di dalam UTMSmile. Sila daftarkan kehadiran kepada naizatulsyima.kl@utm.my atau norainiramli@utm.my sebelum atau pada 18 Oktober 2016. Jamuan akan disediakan.

Sekian, Wassalamu’alaikum wbt.

ZAHARAH BINTI MUSTAFFA

Pengerusi

WANGI UTM Kuala Lumpur

Pensyarah Kanan

Fakulti Tamadun Islam

UTM Kuala Lumpur

Tel: 03- 22031343 / 013 6749627

email: zaharah.kl@utm.my

Pekeliling Pentadbiran Bil.31 & Surat Pekeliling Pentadbiran Bil.34, 35, 36 : JAWATAN PENTADBIR AKADEMIK UNIVERSITI

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,

[Sila klik pada tajuk pekeliling untuk perincian pekeliling]

[For details, kindly click the title of the circular]

Adalah dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan-jawatan pentadbir akademik berdasarkan pekeliling-pekeliling berikut:-
 
 
Jawatan:
  1. Dekan Penyelidikan, Smart Digital Community
  2. Dekan, Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan
  3. Pengarah, Unit Pengurusan Makmal Universiti
  4. Pengarah Pembangunan Mahasiswa, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni
  5. Timbalan Dekan, Sekolah Pendidikan Profesional & Pendidikan Berterusan
  6. Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komuniti & Jaringan), UTM IBS
  7. Timbalan Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, OSHE
  8. Timbalan Pengarah (Web), Pejabat Hal Ehwal Korporat
 
 
Jawatan:
  1.  Timbalan Dekan (Perhubungan dan Pengantarabangsaan)
 
 
Tarikh tutup semua permohonan : 26 Oktober 2016

Semua permohonan hendaklah secara bersurat serta dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf-SULIT-dengan menulis jawatan dipohon di penjuru sebelah kanan sampul dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar, Seksyen Governan, Pejabat Pendaftar UTM Johor Bahru.


Nor Qamariah binti Othman
Penolong Pendaftar / Assistant Registrar
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.

 

Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755

Pekeliling Pentadbiran Bil.32/2016:PERMOHONAN JAWATAN BENDAHARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ه

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Dato/ Prof/ Dr/ Saudara,

[Sila klik pada tajuk pekeliling untuk perincian pekeliling]
[For details, kindly click the title of the circular]

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa akan wujud kekosongan bagi jawatan berikut di Universiti Teknologi Malaysia.

Jawatan:

  •  Bendahari

2.   Sehubungan dengan itu, semua Staf Pengurusan dan Profesional yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan maklumat berikut:-

    • Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini berserta gambar berukuran passport; dan
    • Key Performance Indicator (KPI) serta ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Bendahari di UTM.

3.   Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

PENDAFTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

81310 JOHOR BAHRU

JOHOR

Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2016

 
4.   Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada:-
 
Pn Hjh Sabrena binti Omar
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar UTM
 
Tel: 07-5530346
emel : sabrena@utm.my

Sekian, dimaklumkan.

Nor Qamariah binti Othman
Penolong Pendaftar / Assistant Registrar
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755