Category Archives: Announcement

SESI TOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY) BAGI STAF AKADEMIK UTM

unnamed

Seiring dengan aspirasi Lonjakan 2 (Kecemerlangan Bakat) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, pihak Universiti telah menubuhkan satuTASK FORCE khas yang diketuai oleh YBhg Prof. Dr.Shamsul bin Sahibuddin bagi melihat polisi dan syarat yang perlu digariskan dalam 4 laluan kerjaya staf akademik UTM. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa, draf cadangan syarat dan kriteria 4 laluan kenaikan pangkat tersebut akan dikongsikan bersama semua staf akademik  dalam sesiTOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY) yang akan diadakan seperti berikut :

(1)  SESI TOWNHALL DCP BERSAMA DEKAN FAKULTI/ DEKAN RA/ PENGARAH/ TP/ PP FAKULTI
24 OGOS 2016 (RABU) – 2.30 PETANG – DEWAN SENAT, UTM JOHOR BAHRU

(Video Conference – BILIK MESYUARAT LPU, ARAS 17, MENARA RAZAK UTM KUALA LUMPUR)

(2)  SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM KUALA LUMPUR

25 OGOS 2016 (KHAMIS) – 2.30 PETANG – DEWAN UTAMA MENARA RAZAK, UTM KUALA LUMPUR

(3)  SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM JOHOR BAHRU

29 OGOS 2016 (ISNIN) – 9.30 PAGI – DIPINDA KE 2.30 PETANG – DEWAN KULIAH 7, BLOK N24, UTM JOHOR BAHRU

Semua staf akademik dengan segala hormatnya adalah DIJEMPUT HADIR untuk memberi maklumbalas berhubung perkara tersebut.

TOWNHALL : DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY (DCP) FOR ACADEMIC STAFF

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Seiring dengan aspirasi Lonjakan 2 (Kecemerlangan Bakat) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025, pihak Universiti telah menubuhkan satuTASK FORCE khas yang diketuai oleh YBhg Prof. Dr.Shamsul bin Sahibuddin bagi melihat polisi dan syarat yang perlu digariskan dalam 4 laluan kerjaya staf akademik UTM. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa, draf cadangan syarat dan kriteria 4 laluan kenaikan pangkat tersebut akan dikongsikan bersama semua staf akademik  dalam sesiTOWNHALL DCP (DIFFERENTIATED CAREER PATHWAY) yang akan diadakan seperti berikut :

(1)

SESI TOWNHALL DCP BERSAMA DEKAN FAKULTI/ DEKAN RA/ PENGARAH/ TP/ PP FAKULTI
24 OGOS 2016 (RABU) – 2.30 PETANG – DEWAN SENAT, UTM JOHOR BAHRU
(Video Conference – BILIK MESYUARAT LPU, ARAS 17, MENARA RAZAK UTM KUALA LUMPUR)
 
(2)
SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM KUALA LUMPUR
25 OGOS 2016 (KHAMIS) – 2.30 PETANG – DEWAN UTAMA MENARA RAZAK, UTM KUALA LUMPUR
 
(3)
SESI TOWNHALL DCP BERSAMA STAF AKADEMIK UTM JOHOR BAHRU
29 OGOS 2016 (ISNIN) – 9.30 PAGI – DEWAN KULIAH 7, BLOK N24, UTM JOHOR BAHRU
 
Semua staf akademik dengan segala hormatnya adalah DIJEMPUT HADIR untuk memberi maklumbalas berhubung perkara tersebut.

 

UNDERSTANDING HUMAN BEHAVIOUR MODEL – A BETTER CHANCE TO SAFE OUR LIFE DURING FIRE EMERGENCY

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti akan mengadakan program Siri Kuliah Pengurusan Pentadbiran Universiti (SKPPU). Butiran adalah seperti berikut:-

5515125b-aeaa-4758-990d-49522ebc8b84

SIRI KULIAH PENGURUSAN PENTADBIRAN UNIVERSITI (SKPPU)

Tajuk : Understanding Human Behaviour Model – A Better Chance To Safe Our Life During Fire Emergency

Tarikh : 23 Ogos 2016 (Selasa)

Masa : 10:00 pagi – 12:00 tengahari

Tempat : Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru

Penceramah : Dr. Yahya bin Mohamad Yatim

RASMI: PEMBERITAHUAN PENUTUPAN PEJABAT AM INSITUT PEMBANGUNAN BIOPRODUK (BLOK N23A)

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
 
Dimaklumkan bahawa Pejabat Am Institut Pembangunan Bioproduk (Blok N23A) akan menutup sementara operasinya pada 16 & 17 Ogos (Selasa dan Rabu) sempena penglibatan dalam penganjuran 6th International Conference on Biotechnology for the Wellness Industry. Walaubagaimanapun, Blok N22 akan beroperasi seperti biasa dan talian yang boleh dihubungi untuk sebarang urusan adalah 31559 dan 31565. 
Sekian, untuk makluman.

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2016

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Dato/ Prof/ Dr/ Saudara,

Adalah dimaklumkan bahawa bersempena Sambutan Hari Kebangsaan  dan Hari Malaysia Tahun 2016, kempen pengibaran Jalur Gemilang di Universiti Teknologi Malaysia diteruskan bagi menzahirkan komitmen Universiti dan menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan warga kampus.

 

  1.            Sehubungan dengan itu, semua Fakulti/Jabatan diminta untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang  bermula 17 Ogos 2016 sehingga 16 September 2016. Adalah dimaklumkan bahawa sejak tahun 2015, pihak Bahagian Pengurusan Organisasi tidak lagi membekalkan Jalur Gemilang. Justeru, pihak Fakulti/Jabatan digalakkan menggunakan bendera sedia ada dan sebarang pembelian baharu adalah menggunakan vot masing-masing.

 

  1. Komitmen dan kerjasama pihak YBhg Prof/Dr/Saudara didahului ribuan terima kasih.

 

Nor Qamariah binti Othman
Penolong Pendaftar / Assistant Registrar
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530051  I  Fax: 07-5545755

 
 


Penilaian Webometrics (Bonus 5%) eLPPT Staf Akademik

Semua staf akademik di Fakulti, RA dan CoE digalakkan untuk melengkapkan laman web peribadi masing-masing untuk mendapatkan bonus 5% untuk ELPPT tahun 2016.
Berikut adalah pautan kepada Panduan mengisi Online Penilaian Webometrics (Bonus 5%) eLPPT Staf Akademik : http://www.utm.my/webometrics/
Skema Pemarkahan bagi tahun 2016 adalah seperti berikut (berdasarkan jumlah bilangan webpage milik staf di *.utm.my/* yang berjaya diindeks oleh Google search engine):
1. 2000 dan ke atas = 5%
2. 1000 – 1999 = 4%
3. 500 – 999 = 3%
4. 250 – 499 = 2 %
5. 100 – 249 = 1%
6. 100 dan ke bawah = 0%
Perhatian: Alamat selain *.utm.my tidak akan dinilai Selain itu, staf boleh mengisi sehingga 5 item maksimum dan akan dinilai secara kumulatif per individu.
Contoh:
Ali bin Rashid
1. civil.utm.my/alirashid – 100 pages
3. ikg.utm.my/alirashid – 500 pages Jumlah = 800 = 3% bonus eLPPT bagi Ali bin Rashid.
Sebarang masalah bagi mengisi online, saudara/i boleh merujuk kepada Laman Rasmi Webometrics UTM di pautan berikut:
Harap maklum. Terima kasih.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA YBHG. DATUK NAIB CANSELOR (OGOS 2016)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Universiti dengan hormatnya menjemput YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./saudara hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Ogos 2016 seperti butiran berikut:

Tarikh : 10 Ogos 2016 (Rabu)

Masa : 7.45 pagi

Tempat:

Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru

Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur  [SECARA LINTAS LANGSUNG]

Pakaian :  Korporat 

 

Program:
7.45 pagi : Ketibaan Staf
8.00 am : Ketibaan YBhg. Naib Canselor
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Amanat Bulanan oleh YBhg. Naib Canselor

: Slot /Penghargaan khas (jika berkaitan)
: Penyampaian Sijil, kenaikan pangkat, bersara, cenderahati dll (JB & UTMKL)

: Keunggulan Terbilang
: Program Tamat

Sekian, kehadiran dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Datuk Seri/Puan Sri/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Ir./Sr./Ar./saudara dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Ungku-Omar Newton Fund Grant Success

Assalamualaikum w.b.t
Congratulations to Prof Jalil and team for the success in securing Ungku-Omar Newton Fund Grant (Title: “Next Generation Green Data Centres for Environmental and Business Sustainability”) worth RM12.9M.
The project is jointly funded by Innovate UK, Research Councils UK (RCUK) and the Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). The success is a collaborative efforts of 4 organizations i.e. Green Data Center LLP Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Dearman Engine Company UK, Heriot Watt University UK.
We appreciate and acknowledge the contribution and efforts of the UTM team particularly Prof. Dr. Jalil Ali, Dr. Zuhaib Haider, Dr. Kashif Tufail, Dr. Safwan Aziz, Dr. Suzairi Daud, Dr. Mahdi Bahadoran, Prof. Dr. Roman Poznanski and Dr. Lleuvelyn Cacha for inputs during the preparation of this application and leading to the successful approval of this project. This is an industrially driven project and hence the focal points will be led by Green Data Center LLP from the Malaysian side and Dearman Engine Company from UK side.
Once again congratulations to all.
Alhamdulillah.

—

Prof. Madya Dr. Shukor Abd Razak

Timbalan Pengarah Pengurusan Projek
Pusat Pengurusan Penyelidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Tel:(6)07-5537803
Fax:(6)075566177
http://www.rmc.utm.my – RMC Portal
https://radis.utm.my – Research and Development Information System

Gangguan Capaian ke eLearning@UTM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perkara diatas adalah dirujuk.

Untuk makluman, pihak CICT masih lagi belum selesai proses pemasangan elearning Semester pendek bagi Sesi 2015/2016. Sehubungan dengan itu, semua pensyarah dan pelajar UTM masih belum dapat membuat sebarang capaian ke server elearning sehingga  5:00 petang (21 Ogos 2016 – Khamis)

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Harap Maklum
Norah Md Noor, Dr
Lecturer / IT Manager UTMLead
CENTER FOR TEACHING & LEARNING

UTMLead

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
81310 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Penutupan Sementara Urusan di Pejabat Pendaftar UTMKL : Majlis Sambutan Hariraya Aidilfitri 1437H

YBhg Prof/Dato’/Datin /Dr./Saudara

Dengan segala hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1437H peringkat Pejabat Pendaftar UTM   Kuala Lumpur  akan diadakan seperti pada ketentuan berikut :

Tarikh      :  21 Julai 2016 (Khamis)

Masa       : 9.00 pg – 1.00 tghri

Tempat    : Tasik Angkat PPKL, KSJ

Sehubungan itu segala urusan di kedua-dua pejabat (Pejabat Am & Unit Keselamatan) adalah ditangguhkan buat sementara dan akan beroperasi semula pada sebelah petangnya.

Semoga berada di dalam makluman, atas segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih.