Category Archives: Announcement

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Greetings,
 

Dear Datuk/Professor/Dr./Mr./Mrs.,

3rd WEEK OF THE MONTH AS ENGLISH WEEK IN UTM

We would like to announce that UTM is implementing the following programmes to enhance the use of English among the staff.

All staff of UTM are required to use English regularly in UTM to develop their confidence to communicate with foreigners. This is to provide daily training for UTM staffs besides the formal training programmes offered by Talent Development Section (Registrar’s Department).

The implementation will be effective every 3rd week of every month starting from 19th-23rd May 2019. Heads of Departments are to ensure that the program is successfully carried out at the department level involving all staff.

Your cooperation in ensuring the success of the program is highly appreciated.

Thank you.

‘Jom Jadi Agen Syurga’

Assalamu’alaikum wrm. w.b.t

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan/Saudara,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UTM Kuala Lumpur dengan kerjasama Kolej Space dan Hidayah Centre Foundation akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadan @ UTMKL dengan tema ‘Jom Jadi Agen Syurga’ seperti maklumat berikut :

Tarikh : 15 Mei 2019 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tghr
Tempat : Dewan Azman Hashim

Ceramah : Jom Jadi Agen Syurga
Tuan Hj. Muhammad Fakharuddin bin Abdul Kudos
Ketua Perkhidmatan Korporat
Hidayah Centre Foundation

Tajuk : Forum – Perjalanan Hidayahku
Moderator : Tuan Hj. Muhammad Fakharuddin bin Abdul Kudos
Ketua Perkhidmatan Korporat
Hidayah Centre Foundation

Panel 1 : Dr. Jaysuman bin Pusppanathan
Pensyarah Kanan UTM, Fakulti kejuruteraan

Panel 2 : Tuan Hj. Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif Hidayah Centre Foundation

Panel 3 : Puan Nur Amira Ann Lee
Selebriti

Istimewa : Cabutan Bertuah

Semua Staf dan Masyarakat Awam dengan segala hormat dijemput hadir ke program yang dianjurkan ini. Kerjasama semua juga amatlah diharapkan untuk sentiasa MENEPATI MASA.

Sekian, terima kasih

Pusat Islam
UTM Kuala Lumpur
03-2203 1604 / 1606 / 1607

ANUGERAH PENERBITAN 2018 UNTUK MAJLIS CITRA KARISMA 2019

Peringatan Mesra : Sepuluh (10) hari lagi untuk Fakulti dan Pusat Kecemerlangan Universiti (COE)  menghantar pencalonan untuk Anugerah Sitasi Tertinggi. Tarikh tutup : 21 Mac 2019
Urus setia  Anugerah Sitasi Tertinggi : 07-553 5762 (Puan Hairunnisa, hairunnisa@utm.my)

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BAGI PENULISAN DAN PENERBITAN Q1 DAN Q2 OLEH PENERIMA UTM SHINE 2017 DAN 2018 @UTMRazak

Kumpulan Penyelidikan Royal Belum-Temenggor (RB-T) akan menganjurkan satu program Perkongsian Ilmu bagi Penulisan dan Penerbitan di Jurnal Q1 dan Q2 yang akan disampaikan oleh penerima Anugerah UTM Shine 2017 & 2018, Prof. Madya Dr. Nanthakumar Loganathan (AHIBS-UTM).
Butiran program adalah sebagaimana berikut:
Tarikh     : 22 Mac 2019 (Jumaat)
Masa      : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat   : Dewan Bankuet, Aras 4, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur
Program ini adalah percuma dan terbuka kepada staf akademik Fakulti Razak dan pelajar Lepasan Ijazah (PG students) di bawah seliaan. Bagi yang berminat untuk hadir, dipohon membuat pendaftaran segera menerusi pautan berikut:
https://goo.gl/forms/v1UaIqX5y5nzDhDi2 (pautan yang dikemaskini)
Mohon semua untuk mendaftar pada pautan yang telah dikemaskini. Sila abaikan emel yang terdahulu.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, bolehlah mengutus email kepada Ketua RG RB-T, Dr. Khairul Hisyam di: khisyam.kl@utm.my.
Sekian terima kasih.

Dr. Khairul Hisyam bin KAMARUDIN

Senior Lecturer
Razak Faculty of Technology & Informatics
UTM Kuala Lumpur
Room:
06.34.01, Malaysia-Japan International Institute of Technology
UTM Kuala Lumpur

Pertandingan Busking@Residensi UTMKL 2019

UTM Holding Sdn Bhd dan Pejabat Pemajuan & Pengurusan Perniagaan (ABM) UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan Busking@residensi UTMKL 2019.
Kepada Pelajar/Staf/Alumni UTM yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan dibawah dan membuat bayaran yuran penyertaan kepada urusetia sebelum tarikh tutup penyertaan.
Urusetia Busking@Residensi UTMKL En. Mohd Faizal bin Hassan (03-2615 4572) – Bahagian Pendaftar UTMKL. (Boleh hadir terus ke Pejabat Bahagian Pendaftar UTMKL, Aras bawah bangunan Perpustakaan UTMKL)
 .
Tarikh Tutup Penyertaan : 14 Mac 2019

JEMPUTAN KE PROGRAM LESTARI KEBUN KEJIRANAN BANDAR SUNGAI BUNUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu dari sembilan pemegang taruh Kebun Bandar Sungai Bunus yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kejiranan kebun bandar anjuran Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) bermula Januari 2018. UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) akan menganjurkan satu program perkongsian ilmu serta gotong-royong bagi membersih dan mencantikkan kebun bandar Sungai Bunus sebagai aktiviti bulanan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan mencantikkan kebun di samping dapat menjana ilmu pengetahuan tentang penanaman tumbuhan herba dan khasiatnya. Ia juga adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai agar mencintai dan memelihara sungai serta persekitarannya agar sentiasa bersih dan indah.
3. Sehubungan itu, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput semua warga UTMKL untuk hadir ke program ini seperti ketetapan berikut;
Program         : PROGRAM LESTARI KEBUN KEJIRANAN BANDAR SUNGAI BUNUS
Tarikh : 28 Februari 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus,
          Kolam Tebatan Banjir Kg. Boyan, Kuala Lumpur
4. Bagi staf yang ingin menyertai program ini boleh berhubung dengan pihak urusetia, En. Mohd Zuhaili atau Pn. Cik Zuraida di talian 03-2615 4500 / 019 285 8532 , atau emel ke mohdzuhaili@utm.my / zuraidah.kl@utm.my pada atau sebelum 28 Februari 2019.  Staf yang turut serta akan diberikan mata CPD. 
Kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
 
Saya yang menjalankan amanah
MOHD ZUHAILI BIN MOHD RODZI 
Pembantu Operasi
Centre For Community and Industry Network (CCIN)
J3, Aras 2, Pejabat TNCPI
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Office: 03-26154500 | Mobile: 019-2858532
Primary Email: mohdzuhaili@utm.my

JEMPUTAN KE JERAYAWARA PENCAPAIAN PETUNJUKAMAL UTAMA (KAI) BAGI TAHUN 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Strategi (SMO) akan menganjurkan Town Hall Pencapaian Petunjuk Amal Utama (KAI) 2018 pada ketetapan berikut:
 
Tarikh     : 19 Februari 2019 (Selasa)
Masa       : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat   : Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid, UTM Kuala Lumpur
 
Sehubungan itu, seluruh warga UTM dijemput hadir bagi menyalurkan pandangan dan berkongsi idea berkaitan pencapaian universiti bagi tahun 2018.
 
* mata CPD akan diberikan kepada mereka yang hadir
 
Sekian, terima kasih.
Office of Corporate Affairs

Level 16, Menara Razak
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
 
office +603 21805127 | fax +603 21805602
e-mail: corporate.kl@utm.my |  site: corporateaffairs.utm.my/kl

GLOBAL DIALOGUE – A PARADIGM SHIFT IN FOREIGN POLICY: HUMANITARIAN APPROACH

Kindly be inform that Azman Hashim International Business School (AHIBS) will be organizing a GLOBAL DIALOGUE – A PARADIGM SHIFT IN FOREIGN POLICY: HUMANITARIAN APPROACH 

By Her Excellency Dr Merve Safa Kavakci

Ambassador of Republic of Turkey to Malaysia
 
Date : 18 February 2019 (Monday)
Time : 10.00 a.m – 1.00 p.m
Venue : Dewan Azman Hashim, UTM KL.
Live telecast to Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM Johor Bahru

As such, we are pleased to invite you and your colleagues to be present in this program. 

All staff and students are cordially invited and CPD point will be given to attendees (UTM Staff only).