JEMPUTAN KE PROGRAM LESTARI KEBUN KEJIRANAN BANDAR SUNGAI BUNUS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan salah satu dari sembilan pemegang taruh Kebun Bandar Sungai Bunus yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan kejiranan kebun bandar anjuran Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) bermula Januari 2018. UTM melalui Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) akan menganjurkan satu program perkongsian ilmu serta gotong-royong bagi membersih dan mencantikkan kebun bandar Sungai Bunus sebagai aktiviti bulanan. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara dan mencantikkan kebun di samping dapat menjana ilmu pengetahuan tentang penanaman tumbuhan herba dan khasiatnya. Ia juga adalah sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan orang ramai agar mencintai dan memelihara sungai serta persekitarannya agar sentiasa bersih dan indah.
3. Sehubungan itu, pihak penganjur amat berbesar hati menjemput semua warga UTMKL untuk hadir ke program ini seperti ketetapan berikut;
Program         : PROGRAM LESTARI KEBUN KEJIRANAN BANDAR SUNGAI BUNUS
Tarikh : 28 Februari 2019 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Kebun Kejiranan Bandar Sungai Bunus,
          Kolam Tebatan Banjir Kg. Boyan, Kuala Lumpur
4. Bagi staf yang ingin menyertai program ini boleh berhubung dengan pihak urusetia, En. Mohd Zuhaili atau Pn. Cik Zuraida di talian 03-2615 4500 / 019 285 8532 , atau emel ke mohdzuhaili@utm.my / zuraidah.kl@utm.my pada atau sebelum 28 Februari 2019.  Staf yang turut serta akan diberikan mata CPD. 
Kerjasama dan perhatian semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
 
Saya yang menjalankan amanah
MOHD ZUHAILI BIN MOHD RODZI 
Pembantu Operasi
Centre For Community and Industry Network (CCIN)
J3, Aras 2, Pejabat TNCPI
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Office: 03-26154500 | Mobile: 019-2858532
Primary Email: mohdzuhaili@utm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *