Category Archives: Life Long Learning

INTEGRITY MESSAGE SERIES 15 : 5 OFFICE CLEANING TIPS

Salam dan good day to everyone,

This time, we would like to share about office cleaning tips. It’s good to notify that a clean office makes for a clear head,but who has time to organize with your workload? Setting up systems and sticking to them allows you to work smarter while you work harder. It also gives the impression that you’re on the top of things when your boss makes an impromptu visit to your office. Who wants to leave her standing there while you shuffle through mounds of paperwork to find the one file folder she needs? Here are the five tips to get you started.
1. File As You Go
One of the biggest office offenders is piles of paper – on your desk, on your shelves, and eventually on your floor. It’s easy to get busy and start stacking papers to file for later, but before you know it, you have a task that’s too big to tackle. The key is to process papers as you go. Set up system of trays or file folders that are clearly labeled and make it a habit to use them. The same goes for your computer desktop.
2. Clean Your Electronics 
Hey you, with the food spattered monitor and keyboard full of crumbs. We know that you eat at your desk so you can work through lunch. And it certainly impresses your boss, but your co-worker are probably snickering about the week old coffee stains. Fortunately, it’s a simple fix. Head to your local office supply store, pick up some wipes that are specifically made for electronics, make it a point to wipe down your keyboard and monitor daily. Not only it keep dust and debris from gumming up your computer, but it also helps keep germs at bay.
 
3. Declutter Your Desk 
If you’re like many people, your desk probably acts as a kitchen table for your office. It’s a place where everything get dropped, and pretty soon you have to dig to get to your computer. A clean desk will guarantee more productivity, but you’re already so busy trying to be productive, who has time to stop and clean? The key is to schedule it daily, and treat it like it’s a meeting you can’t miss. It helps if you minimize the picture frame and only keep work essentials on, in and around your desk.
 
4. Assign a Place for Everything 
The key to make cleaning your office easy is to put everything in its rightful place. So, this means that, you need to assign a place for everything and label it clearly so you can find it in a pinch. Once you get in a habit of putting things away, decluttering becomes a quick task that’s second nature. This also means not filling up every single inch of storage. New items will come into play and need a place to live, so keep a few empty shelves or drawers to make room for the new.
5. Get Rid of Junk 
The magnet business cards, the colorful array of cheap pens, the coffee cups, the calendars – all freebies that you just couldn’t say no to. Now, they’re strewn all over your desk. It may seem like stuff that’s useful, but really it’s just stuff that clutters up your space and makes you feel guilty for throwing it away. We know it’s hard to resist free item, but learn to say ‘no’.
We hope that these tips give benefit to you. Work harder, work smarter, and note to have a clean work environment and stick to your priority.
With that, thank you for reading this message.
 
MORAL : Education is a progressive discovery of our own ignorance – Will Durant (quoted in The 8th Habit From Effectiveness to Greatness – Stephen R. Covey)
 
Cited from : howstuffworks.com
 
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti Bertauliah /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

Primary Email  : raihan.ak@utm.my 

Phone No        : 07 – 5330437 

SIRI MESEJ INTEGRITI 11 : TADBIR URUS TERBAIK

Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua warga UTM,

Siri Mesej Integriti kali ini ingin memberi penerangan berkenaan tadbir urus terbaik. Secara khususnya, takbir urus didefinisikan sebagai satu sistem dimana organisasi diarah dan dikawal (The Cadbury Report – 1992). Manakala KSN dalam surat arahan terhadap usaha bagi mempertingkat Tadbir Urus di Sektor Awam bertarikh 9 Mac 2007 memberikan definisi tadbir urus seperti berikut:
“Tadbir urus merangkumi aspek – aspek seperti tatacara Ketua Eksekutif/Ketua Jabatan dan para pegawai di semua peringkat pengurusan melaksanakan tanggungjawab secara telus dan berhemah dari segi pengambilan dan penyampaian hasil, struktur termasuk budaya kerja, dasar, strategi serta tatacara mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan (stakeholders) dan proses di mana agensi awam diurus/diarah, dikawal dan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif yang telah dipersetujui”(Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, 2007).
Manakala tadbir urus terbaik (good governance) didefinisikan sebagai “konsep normatif nilai – nilai ke arah merealisasikan perlakuan tadbir urus dan kaedah yang digunakan oleh sekumpulan aktor sosial yang berinteraksi mengikut konteks sosial tertentu”. Oleh itu, tadbir urus terbaik perlu memberikan penekanan terhadap dua aspek utama iaitu:
1. PRESTASI – Pengurusan penyampaian adalah amat penting dalam penyampaian perkhidmatan yang efektif dan efisien, seperti yang diharapkan oleh pihak – pihak berkepentingan (stakeholders) di samping mempastikan perkhidmatan tersebut “value for money” serta pengurangan terhadap pembaziran sumber dan dana.
2. PEMATUHAN – Pematuhan terhadap undang – undang iaitu setiap organisasi/agensi perlu mematuhi segala peraturan, undang – undang, piawaian (standard) yang digunapakai dan harapan masyarakat terhadap amalan kejujuran, akauntabiliti, dan integriti serta ketelusan dalam perkongsian maklumat.
Tadbir urus terbaik berteraskan beberapa prinsip utama tersebut seperti :
1. Fokus kepada pelanggan – Tadbir urus yang sentiasa memberi keutamaan menyeluruh kepada pelanggan. Prinsip ‘customer is always right’ diberi penekanan dan usaha ke arah meningkatkan kepuasan hati pelanggan sentiasa dilaksanakan secara berterusan. Dalam ertikata lain, agensi/jabatan yang melaksanakan tadbir urus terbaik akan sentiasa memastikan operasi perkhidmatan berfungsi untuk kepuasan pelanggan yang maksima dalam pelbagai dimensi.
2. Beretika – Prinsip ini merupakan tunjang bagi tadbir urus terbaik. Penekanan terhadap nilai – nilai positif dalam perlaksanaan dan penyampaian perkhidmatan adalah amat kritikal bagi menghasilkan output terbaikyang diharapkan oleh masyarakat dan pihak berkepentingan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Pengurusan perlu sentiasa mempastikan ahli – ahli dalam agensi mempunyai etika yang tinggi serta mengamalkan nilai – nilai murni melalui aktiviti dan program kualiti menyeluruh.
3. Ketelusan – Ketelusan dalam perkongsian maklumat kepada pihak yang berkepentingan juga amat dititikberatkan dalam tadbir urus terbaik. Ketelusan amat penting dalam segala segi. Ianya boleh dilihat melalui proses kerja yang jelas dan mudah difahami, penyampaian maklumat kepada dan pengaksesan maklumat oleh pihak berkaitan.
4. Akauntabiliti & Integriti – Akauntabiliti adalah kewajipan untuk memerikan penjelasan terhadap apa jua tindakan dalam perlaksanaan tugasan kepada sesiapa yang berhak untuk mendapatkan penjelasan tersebut. Akauntabiliti dan integriti adalah elemen terpenting dalam tadbir urus terbaik. Setiap pegawai dalam agensi perlu melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta menjawab terhadap segala tindakan yang diambil.
5. Efektif dan Efisien 
Pegawai sektor awam perlu sentiasa memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara efektif (cekap) dan efisien (berkesan). Kecekapan dan keberkesanan pegawai merupakan tonggak kepada tadbir urus terbaik dalam sesebuah organisasi. Seseorang pegawai perlu memastikan organisasinya mempunyai sistem yang dinamik, cepat dan tepat, melalui sumber yang minimal (efisien) dengan penghasilan kerja (Output) yang maksimum (efektif).
 
6. Pengurusan Perubahan 
Tadbir urus yang cekap dan berkesan (terbaik) adalah sebagaimana pengurusan mengurus dan menangani perubahan (change management). Organisasi yang dinamik akan sentiasa bersedia menerima perubahan dengan membuat penyesuaian mengikut perubahan dan kehendak semasa. Dalam hal ini, persediaan dan komitmen menyeluruh dari pihak pengurusan adalah amat kritikal. Perubahan dalam sesebuah organisasi amat perlu agar organisasi lebih dinamik dan berdaya saing.
Kesimpulannya, tadbir urus terbaik akan membawa setiap pegawai universiti ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan demi kemaslahatan bersama.
Bersempena Bengkel Semakan Strategik Sasaran UTM 2017 yang bakal berlangsung mulai 12 Oktober 2016 ini, sama – sama kita doakan semoga pihak pengurusan tertinggi UTM dapat mencambah fikiran dan mengerah minda ke arah mencapai keputusan terbaik demi masa depan dan hala tuju UTM.
Sekian, semoga bermanfaat.
Bersumber : PPUM Weblog 
MORAL : Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

SIRI MESEJ INTEGRITI 9 : PAKAILAH PAKAIAN YANG SESUAI KE PEJABAT

Salam dan Selamat Sejahtera kepada warga UTM sekalian,

Siri Mesej Integriti pada kali ini ingin berkongsikan berkenaan dengan pakaian yang sesuai ke pejabat. Nampak seperti perkara remeh, tetapi kadang – kala masih wujud golongan yang tersasar dalam memilih pakaian YANG BETUL untuk ke pejabat, yang membuatkan orang lain berasa sakit mata memandang.
Setiap hari kita akan berpakaian dengan gaya tersendiri ke pejabat. Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gaya pemakaian seseorang individu memainkan peranan yang amat besar di tempat kerja. Cara berpakaian atau penampilan seseorang pekerja biasanya menarik perhatian majikan mereka dan ada juga ada masanya dimana ia menjadi faktor penghalangseseorang itu tidak boleh pergi jauh dalam bidang kerjaya mereka.
Oleh itu, untuk membantu anda tampil sempurna dengan gaya yang sesuai ke pejabat, berikut merupakan 11 tips pemakaian yang boleh anda jadikan sebagai panduan:
1. Kenal pasti kod pemakaian di pejabat anda 
Melihat situasi kerja di UTM, tidak semua pegawai perlu memakai pakaian formal ketika bekerja, namun majoriti perlu begitu. Hal ini mengambil kira bidang kerja yang dijalani adalah berbeza – beza. Misalnya pemandu dengan kemeja biru, dan Pengawal Keselamatan dengan pelbagai uniformnya yang tersendiri.  Namun begitu, asas di UTM, kita dipandukan olehPeraturan 5, Bahagian II, Peraturan – Peraturan Tatatertib Badan – Badan Berkanun, Akta Badan – Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, dalam mematuhi etika berpakaian. Misalnya, pada hari Ahad kita ditetapkan untuk memakai baju batik, maka diperlukan untuk kita berbatik.Kita juga dipandukan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 dan Pekeliling Pentadbiran UTM Bil. 5 Tahun 2006.   
2.  Pakai saiz pakaian yang betul 
Penting untuk anda memakai pakaian dengan saiz yang betul. Jangan pakai pakaian yang terlalu ketat atau terlalu longgar kerana keduanya mencacatkan penampilan anda.
3. Pastikan rambut anda kemas 
Elakkan daripada tidak menyikat rambut sebelum ke pejabat dan pastikan juga rambut anda kering,kemas dan rapi.Untuk lelaki, jangan memakai gel rambut terlalu banyak.
4. Pakai beg yang sesuai 
Perkara ini sering dianggap remeh oleh ramai orang. Tetapi sebenarnya pemilihan beg ke tempat kerja juga amat memainkan peranan yang penting. Oleh itu, pastikan beg tangan anda sentiasa kemas dan bersih.
5. Dan pilih kasut yang bersesuaian 
 
Sama seperti beg, soal pemilihan kasut juga amat penting dan oleh itu anda harus memakai koleksi kasut yang sesuai dipadankan dengan koleksi pakaian pejabat anda. Contohnya, jangan memakai sneakers bersama padanan seluar slack dan kemeja pejabat. Buat wanita, jangan memakai heels terlalu tinggi sehingga menyebabkan anda sukar untuk berjalan.Kasut terbaik adalah jenis kulit bertutup, selain melindungi kaki, anda akan kelihatan sentiasa kemas.
6. Elakkan memakai wangian yang berbau terlalu kuat 
Memang tidak dapat dinafikan, bau yang wangi boleh meningkatkan daya keyakinan seseorang individu. Namun perlu diingatkan bahawa bau yang terlalu wangi boleh menyebabkan orang disekeliling anda berasa kurang selesa.
7. Pemilihan aksesori 
Tampil ringkas dengan pemilihan aksesori yang bersesuaian dan aksesori yang paling ideal untuk dipakai oleh semua orang adalah jam tangan!
 
8. Elakkan memakai pakaian yang terlalu terang 
Lupakan warna yang terlalu terang seperti neon, oren, kuning dan seumpamanya ketika anda ingin melakukan urusan rasmi di pejabat, terutama apabila dijemput menghadiri mesyuarat dan persidangan. Warna – warna seperti itu boleh anda gayakan semasa bersantai bersama keluarga kelak.
9. Jangan bergaya terlalu seksi
Penting untuk anda membezakan koleksi pakaian yang seksi dan koleksi pakaian yang elegan. Bergaya terlalu seksi di pejabat boleh memberikan tanggapan bahawa anda kurang professional dan menyebabkan gangguan – gangguan lain yang tidak diingini.Buat wanita misalnya, baju paling ‘selamat’ adalah baju kurung. Namun tidak salah untuk kadang – kala menggayakan blouse dan skirt/seluar slack dengan corak yang sesuai.
10.Pilih jenis pakaian yang tidak bercorak terlalu ‘heavy’ dipandang mata 
Pastikan pakaian anda tidak kelihatan seperti ingin pergi ke pasar atau ke pusat membeli-belah. Sebaik-baiknya,pilih koleksi pakaian dengan rekaan dan corak yang minimal, namun masih tetap ‘smart’.Gayakan seadanya, anda akan tampak elegan dan berasa yakin.
11. Buat wanita, berhijablah dengan sempurna
Tips terakhir ini khas dikongsikan buat semua wanita yang berhijab di UTM, kerana majoriti warga UTM adalah wanita dan berhijab. Pilih hijab dengan warna yang padan dengan busana anda. Labuhkan ia seadanya menurut panduan menutup aurat yang sebenar (menutup belahan leher dan bahagian dada dengan sempurna,dilabuhkan dan tidak jarang). Gayakan hijab seadanya, selagi profesionalisme anda tidak dipersoalkan. In shaa Allah.
Sama – sama kita ambil yang positif berkenaan tips ini untuk kesejahteraan semua.
Sekian, yang baik itu dari Allah SWT, yang kurang baik daripada kelemahan kami sendiri. Terima kasih kerana meminjamkan masa anda.
RUJUKAN PERATURAN BERKAITAN :-
1.Peraturan 5, Bahagian II, Peraturan – Peraturan Tatatertib Badan – Badan Berkanun, Akta Badan – Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
2.Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985. 
3.Pekeliling Pentadbiran UTM Bil. 5 Tahun 2006.   
4.Surat Pekeliling Pentadbiran Bil.1 Tahun 2014.
“Don’t be into trends. Don’t make fashion own you, but you decide what you are, what you want to express by the way you dress and the way to live.” –  Gianni Versace 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

SIRI MESEJ INTEGRITI 8 : PRINSIP ETIKA KERJA

Siri Mesej Integriti pada kali ini, ingin berkongsi dan mengimbas semula ingatan semua berkenaan Prinsip Etika Kerja warga UTM.
Sebagaimana yang semua maklum, di UTM, kita disediakan dengan Kod Etika Profesional dan Akademik Universiti Teknologi Malaysia sebagai salah satu rujukan utama, dalam menjelaskan etika yang perlu dipatuhi oleh setiap warganya.
Justeru, bagi mengingati semula berkenaan prinsip etika ini, mari kita sama – sama ruangkan sedikit masa, dan meneliti semula Prinsip yang dijelaskan dalam perkara 3.0 Kod Etikaini. 
Kod Etika UTM adalah berasaskan kepada prinsip – prinsip berikut :
3.1 Benar 
Semua staf menjalankan tugas mengikut prinsip – prinsip kebenaran.
Contoh : Kita perlu menjalankan tugas dengan jelas dan mengikut prosedur yang sebenar, supaya kerja yang dihasilkan adalah sebagaimana yang diharapkan.
3.2 Kejujuran dan Amanah (Integriti) 
Warga Universiti mengamalkan budaya integriti terbaik/tertinggi dalam menjalankan tugas setiap hari.
Contoh : Setiap warga UTM tidak seharusnya bertolak ansur dalam melakukan sesuatu perkara yang jelas dilarang semasa sedang bertugas, seperti mengamalkan rasuah atau mengular.
3.3 Ketelusan 
Memberi penekanan kepada penghayatan amalan terbaik (best practices) dalam semua aspek kerja.
Contoh : Sebagaimana yang selalu dilaksanakan, warga UTM dilihat mengambil benchmarking untuk sentiasa terkehadapan dalam menjalankan fungsi dan tugasnya, seperti membuat lawatan kerja,  sesi perkongsian ilmu dan program – program usahasama.
3.4 Bijaksana (Hikmah) 
Wujud keseimbangan di antara kehendak perundangan dan pertimbangan kemanusiaan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua pihak.
Contoh : Kadang – kala, semasa kita ditugaskan untuk membuat keputusan bagi sesuatu perkara, jangan kita terlalu rigid sehingga menyebabkan, pertimbangan akal sedar tidak diambil kira, perlu wujud garis sempadan antara praktis dan prosedur.
3.5 Adil dan Saksama 
Semua keputusan dibuat berdasarkan peraturan undang – undang dengan berani tanpa pilih kasih atau dipengaruhi oleh mana – mana pihak.
Contoh : Apabila wujud pegawai yang tidak mematuhi peraturan sedia ada di kalangan kita, tindakan yang sewajarnya perlu dikenakan sebagai memberi pengajaran kepada beliau.
Perlu jelas difahami oleh semua bahawa dinyatakan di bawah perkara 11 Kod Etika, perlanggaran kepada Kod Etika ini tidak menghalang Universiti untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai di bawah Akta Badan – Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.
Semoga ingatan semula kod etika ini berguna untuk semua.
Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca mesej ini.
 
Mutiara Kata : Tanda seorang hamba semakin dekat dengan  Allah ialah semakin baik tutur katanya – Ibnu Al Jauzi.  

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

INTEGRITY MESSAGE SERIES 7 : THINK BEFORE YOU JUDGE

For today’s integrity message, we would like to share a story. Kindly read further.
A doctor entered the hospital in hurry after being called in for an urgent surgery. He answered the call a.s.a.p, changed his clothes and went directly to the surgery block. He found the boy’s father pacing in the hall waiting for the doctor. 
 
On seeing him, the father yelled, “Why did you take all this time to come? Don’t you know that my son’s life is in danger ? Don’t you have any sense of responsibility?”. 
 
The doctor smiled and said, ” I am sorry, I wasn’t in the hospital and I came as fast as I could after receiving the call, and now, I wish you’d calm down do that I can do my work”. 
 
“Calm down?! What if your son was in this room right now, would you calm down? if your own son dies while waiting for doctor than what will you do?” said the father angrily. The doctor smiled again and replied, ” We will do our best by God’s grace and you should also pray for your son’s healthy life”. 
 
“Giving advises when we’re not concerned is so easy,” murmured the father. 
 
The surgery took some hours after which the doctor went out happy. “Thank goodness! Your son is saved!” And without waiting for the father’s reply he carried on his way running by saying, “If you have any questions, ask the nurse”. 
 
“Why is he so arrogant ? He couldn’t wait some minutes so that I can ask about my son’s state” Commented the father when seeing the nurse minutes after the doctor left. The nurse answered, tears coming down her face. ” His son died yesterday in a road accident, he was at the burial when we called him for your son’s surgery. And now, that he saved your son’s life, he left to finish his son’s burial.”
MORAL NEVER JUDGE ANYONE BECAUSE YOU NEVER KNOW HOW THEIR LIFE IS, AND WHAT THEY’RE GOING THROUGH.  RESPECT AND BE KIND. 
Thank you for your time, and till we meet again.
P/S : I remember Rumi, who said, Gods turns you from one feeling to another and teaches you by means of opposites, so that you will have two wings to fly – not one. 
       Very deep in meaning, don’t you agree? 
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

SIRI MESEJ INTEGRITI 6: LELAKI YANG MEMAHAMI BAHASA HAIWAN

Hari ini, siri mesej integriti kembali untuk memberikan pesanan untuk kita semua fahami dan sama – sama renungkan. 
 
Ceritanya begini : 
Ada seorang lelaki yang memiliki beberapa ekor haiwan ternakan dan apabila ia mendengar Musa faham bahasa haiwan, dia merayu Musa mengajar ilmu itu kepadanya. 
 
Setelah belajar, lelaki itu menggunakannya untuk memahami perbualan diantara haiwan ternakannya. Dia mendengar ayam jantan berkata kepada kuda bahawa kuda akan mati tidak lama lagi. Lelaki itu segera menjual kudanya untuk mengelakkan kerugian.Beliau dengan bangga berkata ” Bagus ilmu ini, aku tak akan pernah rugi kalau terus – terusan begini“. 
 
Beberapa hari kemudian, dengan menggunakan ilmunya, lelaki itu terdengar ayam jantan memberitahu anjing bahawa tidak lama lagi keldai akan mati. Jadi untuk mengelakkan kerugian, lelaki itu menjual keldainya pula. 
 
Selepas peristiwa itu, sekali lagi ayam jantan berkata – kata dengan haiwan lain. Kata ayam jantan, hamba kepada lelaki itu akan mati tidak lama lagi. Dengan senang hati lelaki itu menjual hambanya supaya dapat mengelakkan kerugian. Dia gembira dengan tindakannya dan menganggap  inilah ilmu yang ada padanya yang dapat membantu beliau menguruskan kehidupan seharian. 
 
Suatu hari, lelaki itu terdengar pula ayam jantan berkata kepada anjing bahawa dia, iaitu tuan mereka pula akan mati. Dalam ketakutan, lelaki itu pergi menemui Musa dan meminta nasihat, dan menceritakan perkara yang beliau telah lakukan. Kata Musa,sambil tersenyum menyindir ” Sekarang tuan boleh lah menjual diri tuan pula“. 
 
MORAL : Kebolehan untuk cuba memahami keadaan orang lain, yang kemudiannya dimanipulasikan untuk kepentingan peribadi kita sahaja, bagi mengelakkan masalah dan kerugian, tidak akan berfaedah, kerana kita tidak mengambil perhatian perkara yang paling penting, iaitu, menguruskan diri sendiri. 
 
Semoga pesanan ini sama – sama membuka minda dan mengingatkan kita. 
 
Sekian, terima kasih. 

RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.

SIRI MESEJ INTEGRITI 4 : JOM JADI POSITIF!

Berikut adalah 10 tips berfikiran positif yang boleh memberikan anda nafas baru untuk anda meneruskan urusan dalam hidup.
1. Kenalpasti pemikiran negatif yang ada dalam diri sebelum ia menjadi akar umbi. Jika anda rasa mood anda kembali suram, berhentilah daripada berfikiran tentangnya sebelum anda tunduk kepada mereka. Kawal emosi anda, jangan biarkan emosi mengawal anda., 
 
2. Berkawanlah dengan orang yang berfikiran positif. Secara tidak langsung, anda juga akan berfikiran positif! 
 
3. Orang yang berfikiran negatif boleh menjangkiti orang lain. Jadi, jauhkanlah diri anda daripada orang yang selalu berfikiran negatif, 
 
4. Bersenam dan makan makanan seimbang. Jika anda nampak hebat dari segi LUARAN, sudah tentu dalamannya juga hebat dan bagus, 
 
5. Rajinkan diri untuk mengemas dan menyusun barang – barang anda. Anda perlu dikelilingi barang – barang yang anda suka dan membuatkan anda rasa hebat. Contohnya gambar keluarga, buku kegemaran, gambar seni dan apa sahaja yang bermakna buat diri anda, 
 
6. Jika ada seseorang memberitahu bahawa ANDA TIDAK BOLEH MELAKUKAN SESUATU, maka ambillah ia sebagai cabaranuntuk anda membuktikan bahawa anda boleh melakukannya. Jika anda berjaya menunjukkan pada mereka bahawa ia boleh dibuat, anda mungkin menjadi inspirasi atas kejayaan tersebut, 
 
7. Apabila anda merasa kecewa dengan kehidupan anda atas segala nasib malang yang menimpa, anda harus mengingatkan diri bahawa semua ini adalah DUGAAN daripada Tuhan yang menguji kita. Yakin bahawa pasti ada HIKMAH di sebalik setiap apa yang berlaku, 
 
8. Jadilah sukarelawan dengan melibatkan diri dengan kerja – kerja kebajikan. Keadaan ini akan menyedarkan kita bahawa ada manusia lain yang hidup dengan beban dan masalah yang lebih besar daripada kita, dan mereka mampu menempuhinya. Ini akan menyebabkan anda TERKESAN DARI SEGI EMOSIONAL DAN KEROHANIAN, ketika membantu mereka, 
 
9. Belajar untuk menghilangkan tekanan. Masalah yang kecil akan kelihatan sangat besar jika anda selalu dalam keadaan tertekan. Dengan itu, jauhkan diri anda dari tekanan dan hadapi setiap situasi dengan fikiran yang tenang, dan tips terakhir, 
 
10. Teruskan berfikiran positif. Memulakannya adalah mudah, namun mengekalkannya adalah cabaran untuk anda. Jadikan ia TABIAT anda untuk sentiasa berfikiran positif sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup anda.
 
Oleh itu, diharapkan 10 tips ini dapat anda manfaatkan, supaya kita sama – sama lebih berjaya dan mencapai kesihatan dalam minda.  
 
Sekian, terima kasih. 
MORAL : Anda adalah apa yang anda fikirkan. Justeru, jangan biarkan persekitaran mempengaruhi hidup anda, namun anda yang perlu mempengaruhi persekitaran.Jadi,Jom Jadi Positif!
RAIHAN BINTI ABD KARIM 
Pegawai Integriti /Certified Integrity Officer (CeIO)
UTM Pejabat Penasihat Undang-Undang / UTM Chambers of The Legal Adviser
Sultan Ibrahim Chancellery Building
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
81310 UTM Skudai
Johor Darul Ta’zim
MALAYSIA.