Hebahan Lestari: Makluman Inisiatif Kelestarian Air dan Sumber Air

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Lestari

Pihak universiti mempunyai visi dan komitmen yang jelas ke arah penambahbaikan polisi dan garis panduan mengenai kelestarian air dan sumber air. Komitmen ini sejajar dengan perubahan halatuju pembangunan Matlamat Pembangunan Kelestarian, iaitu Sustainable Development Goal (SDG). Antaranya ialah:

  1. Kawasan yang membekalkan sumber air bersih seperti Lata Jernih di Hutan Rekreasi UTM akan dikekalkan keindahan dan bebas pencemaran
  2. Semua kawasan tadahan hujan di kawasan hulu dan beberapa pinggir hutan sekitar UTM akan diberikan tumpuan utama bagi mengurangkan risiko pencemaran bahan ampaian dan kotoran
  3. Semua PTJ/Unit di UTM digalakkan menggunakan air yang boleh ditakung, terutama penggunaan tuaian hujan dengan memasang jaring penghadang nyamuk membiak. Kegunaan air ini adalah bagi tujuan pembersihan dan siraman yang ada di sekitar bangunan pejabat
  4. Penggunaan air paip perlu diminimakan dengan galakan pemasangan alatan penjimat air, samada di pili utama ataupun di dalam bangunan/makmal
  5. Penjagaan dan kesedaran mengenai sumber air sungai dan tasik yang ada di sekitar UTM akan diberikan nilai tambah terutama melibatkan kepentingan biodiversiti, mengelakkan pencemaran air dan rekreasi/riadah.
  6. Penerokaan air bawah tanah adalah digalakkan dengan maklumat tambahan mengenai tahap kebersihan dan keselamatan kepada pengguna
  7. Penggunaan bahan detergen dan sabun yang tidak mesra alam adalah tidak digalakkan dalam penggunaan di dapur, tandas dan lantai. Menggunakan bahan tempatan dan penghasilan daripada inovasi UTM merupakan elemen tambahan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Selidiki maklumat produk yang terdapat di pasaran yang memenuhi keperluan alam sekitar.

Sekian, Kami Prihatin.

UTM Campus Sustainability (UTMCS)
Office of Deputy Vice Chancellor (Development)
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru, JOHOR, Malaysia

 

Office:+607-5533152  Fax: +607-5533149

Low Carbon Campus – Sustainability Culture – Environmental Citizenship – Living Laboratories – Green Operation

Find me on :  UTM Campus Sustainability

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *