Sukan Mahabbah UTMKL – Bola Tampar Wanita
Perlawanan Bola Tampar Wanita Sukan Mahabbah UTMKL
TARIKH AKHIR PERMOHONAN PEMBELIAN BAGI TAHUN 2017 BAGI DANA MENGURUS, AMANAH, PEMBANGUNAN & PENYELIDIKAN
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Dimaklumkan semua urusan permohonan pembelian tahun 2017 bagi peruntukan dana Mengurus (U), akan ditutup pada 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang. Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2018 menggunakan peruntukan tahun 2018.
Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2017. Pejabat ini hanya akan membantu untuk mencetak Pesanan Tempatan sahaja.
Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Mengurus (U), yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang termasuk urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.
Walau bagaimanapun, sila pastikan peruntukan adalah mencukupi sebelum perolehan diuruskan dan pembayaran dibuat pada tahun 2017. Adalah diingatkan Pesanan Tempatan yang dikeluarkan pada tahun 2017 tetapi pembayaran dibuat pada tahun 2018, amaun tersebut akan dibayar menggunakan peruntukan 2018 yang diagihkan kepada PTJ pada awal tahun 2018. Tiada peruntukan tambahan akan diberikan kepada PTJ bagi PT yang dikeluarkan pada tahun 2017 tetapi dibayar pada tahun 2018.
3. Manakala bagi semua urusan permohonan pembelian tahun 2017 bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D) dan dana Universiti Penyelidikan (Q) selain J13000 (RMC) akan ditutup pada 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang. Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2018.
Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2017. Pejabat ini hanya akan membantu untuk mencetak Pesanan Tempatan sahaja.
Permohonan pembelian bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D) dan dana Universiti Penyelidikan (Q) selain J13000 (RMC) yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang termasuk urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.
4. Bagi perolehan yang melibatkan dana Penyelidikan (R dan Q) yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), tarikh akhir untuk menghantar dokumen permohonan perolehan ke Bahagian Kewangan RMC adalah pada 14 Disember 2017 (Khamis). Selepas dari tarikh tersebut, tiada permohonan akan diproses pada tahun 2017 sehinggalah sistem UTMFin dibuka semula pada awal tahun 2018.
Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 14 Disember 2017 (Khamis) jam 3.30 petang.
5. Ringkasan tarikh akhir permohonan pembelian mengikut jenis dana peruntukan adalah seperti diLampiran 1. Perhatian dan kerjasama daripada Y.Bhg. Prof./Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Caring Cabinet UTMKL
Makanan untuk Siswa dan Siswi setiap Selasa
Sukan Mahabbah UTMKL – Bola Jaring
Perlawanan Bola Jaring Sukan Mahabbah UTMKL
IDB PRIZES FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY 16TH EDITION
The Islamic Development Bank (IDB) established the IDB Prizes for Science and Technology in 1422 (2001G). These Prizes underscore the commitment to mustering the application of relevant contemporary scientific advancement for the socio-economic welfare of its Member Countries by rewarding excellence among the academic and research institutions. IDB is pleased to invite nominations for the IDB Prizes for Science and Technology 16th Edition (1439H/2018G). The prize consists of three (3) categories:-
(i). Outstanding scientific or technological contribution to the socio-economic development of a member country.
(ii). Outstanding contribution to any of the following scientific disciplines;
- Engineering
- Agriculture
- Medicine
- Biotechnology
- Information Technology
- Optronics
- Material Sciences
- Pharmaceutical
- Industrial Microelectronics
- Nanotechnology
- Alternative Energy Sources
|
Mohammad Nabil Jainal M.Sc. (Physics) (UTM), B.Sc. (Physics (Hons.) (UTM)
Research Officer
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation) Universiti Teknologi Malaysia (Johor Bahru Campus)
81310 UTM Skudai Johor, Malaysia
|
Office Tel.: 07-5530356 Mobile Tel.: 012-7707478
Primary Email: mohammadnabil@utm.my | Secondary Email: nabiljainal@gmail.com | Site: www.utm.my/dvcri/
ResearcherID: http://www.researcherid.com/rid/F-8095-2017 ORCID ID: http://orcid.org/0000-0002-6557-2742 Facebook: https://www.facebook.com/nabiljainal.tncpiutm |
JEMPUTAN BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERMOHONAN DANA UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (UCTC) 2018
Assalamualaikum & Salam Satu Malaysia,
YBhg. Prof./PM./Dr./Saudara,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
- Dimaklumkan Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) adalah dalam proses mengumpul dan menyaring kertas kerja permohonan Dana UCTC 2018, agar yang terbaik dapat dihantar ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada penghujung bulan November 2017. Oleh yang demikian, bagi menghasilkan kertas kerja yang memberi impak sertamengikuti garis panduan NBOS yang telah ditetapkan oleh KPT, satu bengkel akan di adakan seperti ketetapan yang berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2017 (Isnin)
Masa : 9.00 pg – 12.00 tgh
Tempat : Bilik Latihan Al-Shafie,
Aras G, Bangunan Perpustakaan,
UTM Kuala Lumpur.
- Sehubungan dengan ini, YBhg. Prof./PM./Dr. adalah dijemput serta dimohon agar dapat menghebahkan kepada warga Akademik yang berminat di bawah tanggungjawab YBhg. Prof./PM./Dr. untuk sama-sama menghadiri bengkel tersebut. Perhatian dan kerjasama yang diberi amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, harap maklum.
inovatif . entrepreneurial . global
HAZLY BIN JA’APAR
Center For Community and Industry Network (CCIN)
W18, Aras G, Bangunan PSZ,
Universiti Teknologi Malaysia,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Office: 03-26154500 | Mobile: 019-3139163
Primary Email: hazly.kl@utm.my