TARIKH AKHIR PERMOHONAN PEMBELIAN BAGI TAHUN 2017 BAGI DANA MENGURUS, AMANAH, PEMBANGUNAN & PENYELIDIKAN

Assalammualaikum W.R.T & Salam 1 Malaysia.

 
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara, 
 
 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 2.       Dimaklumkan semua urusan permohonan pembelian tahun 2017 bagi peruntukan dana Mengurus (U), akan ditutup pada 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang. Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2018 menggunakan peruntukan tahun 2018.

 Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2017. Pejabat ini hanya akan membantu untuk mencetak Pesanan Tempatan sahaja.

 Permohonan pembelian bagi peruntukan  dana Mengurus (U), yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa) jam 5:00 petang termasuk  urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.

 Walau bagaimanapun, sila pastikan peruntukan adalah mencukupi sebelum perolehan diuruskan dan pembayaran dibuat pada tahun 2017. Adalah diingatkan Pesanan Tempatan yang dikeluarkan pada tahun 2017 tetapi pembayaran dibuat pada tahun 2018, amaun  tersebut akan dibayar menggunakan peruntukan 2018 yang diagihkan kepada PTJ pada awal tahun 2018. Tiada peruntukan tambahan akan diberikan kepada PTJ bagi PT yang dikeluarkan pada tahun 2017 tetapi dibayar pada tahun 2018.

 3.       Manakala bagi semua urusan permohonan pembelian tahun 2017 bagi peruntukan dana Amanah (A), Pembangunan (D) dan dana Universiti Penyelidikan (Q) selain J13000 (RMC) akan ditutup pada 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang. Permohonan pembelian yang diterima selepas tarikh ini akan hanya diproses pada tahun 2018.

 Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang. PTJ diminta menyediakan Pesanan Tempatan lebih awal jika aktiviti yang dirancang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2017. Pejabat ini hanya akan membantu untuk mencetak Pesanan Tempatan sahaja.

Permohonan pembelian bagi peruntukan  dana Amanah (A), Pembangunan (D) dan dana Universiti Penyelidikan (Q) selain J13000 (RMC) yang diproses di PTJ masing-masing hendaklah diselesaikan pada atau sebelum 30 November 2017 (Khamis) jam 3.30 petang termasuk  urusan pengeluaran Pesanan Tempatan.

 4.       Bagi perolehan yang melibatkan dana Penyelidikan (R dan Q) yang diuruskan oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), tarikh akhir untuk menghantar dokumen permohonan perolehan ke Bahagian Kewangan RMC adalah pada 14 Disember 2017 (Khamis). Selepas dari tarikh tersebut, tiada permohonan akan diproses pada tahun 2017 sehinggalah sistem UTMFin dibuka semula pada awal tahun 2018.

Menu Pesanan Tempatan (mulai Mohon) dalam Sistem Kewangan Universiti juga akan ditutup pada 14 Disember 2017 (Khamis) jam 3.30 petang.

 5.       Ringkasan tarikh akhir permohonan pembelian mengikut jenis dana peruntukan adalah seperti diLampiran 1. Perhatian dan kerjasama daripada Y.Bhg. Prof./Saudara berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
 
 
 
 
 
 
The Bursary
Universiti Teknologi Malaysia
Tel No.: 07 – 55 30571

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *