JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN KUMPULAN PERMASALAHAN BARU BAGI WORKSHOP DEMAND-DRIVEN INNOVATION PROJECT BY PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) – Kelompok Oktober 2016

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1. Terima kasih diucapkan atas komitmen penyelidik-penyelidik daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan terhadap inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.
  1. Semua penyelidik yang berminat dijemput menyertai cadangan dan menghadiri Workshop Demand-Driven Innovation Project by Public-Private Research Network yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 10 & 11 Oktober 2016 (Isnin & Selasa)

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Unit Keusahawanan & PPRN,

Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 13, No.2,

Menara 2, Jalan P5/6 Presint 5,

62000 WP Putrajaya

Agenda : Rujuk tentatif seperti di lampiran

  1. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan senarai permasalahan teknologi yang baru dan dikemaskini.
  1. Sila klik di pautan berikut untuk memuat turun senarai permasalahan teknikal oleh pihak Industri, tentatif jadual dan template kertas cadangan.

 

 PPRN Batch Oktober 2016

 

  1. Penyelidik disarankan agar menghubungi pihak industri terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang permasalahan mereka sebelum menyiapkan proposal dan hadir ke bengkel.
  1. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk garis panduan penyertaan seperti di lampiran.
  1. Bagi penyelidik yang berminat untuk menyertai bengkel, sila maklumkan kehadiran anda kepada sekretariat PPRN dengan mengisi Registration of Interest (Lampiran PPRN-C3) dan Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1) dan maklumkan melalui email kepada sekretariat melalui pprn@mohe.gov.myatau faks: 03-8870 6900 selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2016 (Jumaat).

 

  1. Kertas cadangan lengkap (mengikut format LAMPIRAN C2) hendaklah dikemukakan kepada pihak sekretariat sehari selepas pembentangan sebelum jam 5.00 petangdan pihak sekretariat tidak akan menerima sebarang kertas cadangan selepas daripada waktu tersebut. Setiap ketua penyelidik atau ahli kumpulan perlulah membentangkan dan menghantar cadangan penyelesaian tersebut.

Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *