JEMPUTAN CADANGAN PENYELESAIAN PERMASALAHAN KHAS PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) OKTOBER 2016

Assalamualaikum Wrt Wbth dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan,

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Terima kasih diucapkan atas komitmen penyelidik-penyelidik daripada institusi YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan terhadap inisiatif Public-Private Research Network yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam mewujudkan knowledge-friendly ecosystem di Malaysia, di mana pihak industri yang merupakan pengguna pengetahuan dihubungkan dengan pengeluar pengetahuan iaitu institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi penyelidikan (RI) bagi meningkatkan lagi daya produktiviti negara melalui aktiviti inovasi dan penyelidikan gunaan.

 

  1. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan, bagi permasalahan khas ini pihak Kementerian menetapkan tiada pembentangan akan dibuat. Penyelidik perlu menghantar cadangan penyelesaian kepada Sekretariat sahaja. Pihak Sekretariat akan mengumpulkan kesemua cadangan permasalahan ini dan diangkat terus kepada Jawatankuasa Penelitian dan Pemadanan PPRN sebelum mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal PPRN. Penyelidik boleh menghubungi terus syarikat untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi penyediaan cadangan penyelesaian.

 

  1. Sukacita sekiranya Pegawai dan penyelidik YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dapat merujuk dokumen yang dilampirkan dan mengemukakan maklumbalas tersebut kepada sekretariat selewat-lewatnya pada 12 Oktober 2016 (Rabu) sebelum jam 3.00 petang melalui emel: pprn@mohe.gov.my atau faks: 03-8870 6900

 

 (i) Kertas Cadangan Lengkap (Lampiran C2);

pprn-c2-project-proposal-1

dan

(ii) Non-Disclosure Agreement (Lampiran C1).

pprn-c1-nda-form-1

workshop-schedule-10-11-oktober-2016_lampiran-b

Justeru, kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan / Puan dalam perkara ini amat dihargai.

KHAIRILANUAR BIN MOHD HANIM

RMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *