Assalamu’alaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,
Y.Bhg.Prof,/Dr./Saudara,
Sukacita dimaklumkan, Unit OSHE UTMKL telah berkolaborasi bersama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) & Pejabat Pendaftar untuk menjayakan program “Ceramah dan Pameran Denggi Untuk Staf UTMKL” seperti maklumat berikut:-
Tarikh | 15 Jun 2017 (Khamis) |
Masa | 9.00am – 1.00pm |
Tempat | Dewan Jumaah,UTMKL |
Antara pengisiannya :
- Ceramah berkenaan Demam Denggi oleh Unit Pendidikan Kesihatan, Daerah Titiwangsa
- Perkongsian pengalaman
- Pameran
- Sesi soal jawab
Sehubungan itu, semua staf adalah dijemput hadir. Kehadiran staf akan direkodkan di dalam UTM Smile sebagai mata CPD.
Untuk makluman, program ini boleh dimasukkan kedalam jadual aktiviti OSHE PTJ sebagai program kesihatan bagi tahun 2017.
Sila hubungi Pn Zarina /En Redzuan pada talian 03-2615 4927@4667 untuk sebarang pertanyaan.
Segala keprihatinan dan kerjasama di dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Yang benar,
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSHE)
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2615 4927/4667
Email : oshe.kl@utm.my