JEMPUTAN KE CERAMAH DAN PAMERAN DENGGI PADA 15.6.2017

Assalamu’alaikum.wrt.wbt & Salam Sejahtera,

Y.Bhg.Prof,/Dr./Saudara,

Sukacita dimaklumkan, Unit OSHE UTMKL  telah berkolaborasi bersama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) & Pejabat Pendaftar untuk menjayakan program  “Ceramah dan Pameran Denggi Untuk Staf UTMKL”  seperti maklumat berikut:-

Tarikh 15 Jun 2017 (Khamis)
Masa 9.00am – 1.00pm
Tempat Dewan Jumaah,UTMKL

Antara pengisiannya :

  • Ceramah berkenaan Demam Denggi oleh Unit Pendidikan Kesihatan, Daerah Titiwangsa
  • Perkongsian pengalaman
  • Pameran
  • Sesi soal jawab

Sehubungan itu, semua staf adalah dijemput hadir. Kehadiran staf akan direkodkan di dalam UTM Smile sebagai mata CPD.

Untuk makluman, program ini boleh dimasukkan kedalam jadual aktiviti OSHE PTJ sebagai program kesihatan bagi tahun 2017.

Sila hubungi Pn Zarina /En Redzuan pada talian 03-2615 4927@4667 untuk  sebarang pertanyaan.

 

Segala keprihatinan dan kerjasama di dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”

Yang benar,

Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(OSHE)

Universiti Teknologi Malaysia

Jalan Sultan Yahya Petra

54100 Kuala Lumpur

Tel : 03-2615 4927/4667

Email : oshe.kl@utm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *