KEMPEN KITAR SEMULA UTMKL SIRI 1/2017

Adalah dimaklumkan Universiti Teknologi Malaysia  Kuala Lumpur (UTM ​KL) akan ​mengadakan ​Kempen Kitar Semula UTMKL Siri 1/2017 
​pada 16 Ogos 2017 (Rabu) ​bermula jam 9.00 pagi di ​Jalan Cantik, UTMKL.
 ​

Beberapa aktiviti telah dijadualkan bersempena dengan Kempen Kitar Semula ini antaranya:

​i. Jualan Bahan Kitar Semula (Cash for Trash / Buy Back)​ di mana seluruh warga UTMKL boleh membawa barang-barang yang boleh dikitar semula seperti yang tertera pada poster di bawah untuk dijual kepada pihak DRB Hicom Environmental Services
ii. Sumbangan Buku, Makanan Kering & Pakaian
iii. Jumble Sale Amal di mana kesemua hasil jualan akan disumbangkan terus ke Tabung Because We Care Chancellor’s Fund (BWCCF).  Seluruh warga UTM dijemput untuk menyumbang pakaian, perhiasan atau peralatan terpakai untuk tujuan jualan ini. Sila rujuk poster di bawah untuk maklumat lanjut.
iv. Pameran Kesedaran Kitar Semula.

​Sehubungan dengan itu, seluruh warga UTMKL dijemput hadir sama bagi memeriahkan lagi program serta mendapat pendedahan tentang Kempen ini. ​

Kehadiran akan direkodkan di dalam UTMSmile.​
​Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dr. Pramila Tamunaidu di pramila@utm.my atau 603-22031523​
Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *