Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (September) bersama YBhg. Datuk Naib Canselorpada Isnin, 11 September 2017.
Mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam perhimpunan bulanan ini perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung. Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis.
Bagi sebarang pemakluman (dalam bentuk slaid), mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam slaid YBhg Datuk Naib Canselor.
Masa : 8.00 pagi
Tempat :
i. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru
[LINTAS LANGSUNG]
7.40 pagi : Staf mengambil tempat
8.00 pagi : Ketibaan YBhg. Datuk Naib Canselor
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Pembentangan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor
: Slot / Penghargaan Khas (jika berkaitan)
: Penyampaian sijil kenaikan pangkat, dll (UTM JB & UTM KL)
: Lagu Keunggulan Terbilang
: Bersurai
Segala sokongan dan komitmen YBhg. Prof/Saudara untuk hadir amatlah dihargai.
Sekian dimaklumkan.