4 harumkan nama negara di Jepun

11 September 2017 3:00 AM
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan
Dari kiri, Hafiz Maznan, pengiring pelajar, Syed Uthman Affan Syed Abdul Halim, Danial Faiz Mokhtar, Kishan Kumar dan Muhammad Hariz Mohamad Tarmidzi yang mewakili Malaysia dalam WRS Junior School Robot Challenge Trial Competition 2017 di Tamagawa Academy & University, Jepun, baru-baru ini.

Mereka dipilih mewa­ki­li negara oleh Universiti Tek­nologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) melalui Pusat Ja­ringan Komuniti dan Industri (CCIN) dan Malaysia Japan International Institute Of Technology (MJIIT) untuk menyertai WRS yang diadakan sempena Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun pada tahun 2020 nanti.

“Walaupun pasukan kami baru ditubuhkan namun dapat bekerjama dengan baik sehingga berjaya di peringkat antarabangsa,” kata pelajar Sekolah Mene­ngah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, Kuala Lumpur ini.

Hafiz dan Danial Faiz dari sekolah yang sama manakala Muhammad Hariz adalah pelajar SMK Aminuddin Baki dan Kishan di SMK St. John’s.

Pasukan ini diselia dan dibimbing oleh Pensyarah Kanan MJIIT, Dr Mohd Azizi Abdul Rahman dan guru SMK Padang Tembak, Ruhil Nazian Nawang.

Sementara itu, Pengetua SMK Padang Tembak, Zubidah Md. Yunos berkata, kejayaan dua pelajarnya merupakan kesi­nambungan menyertai pelbagai pertandingan berkaitan inovasi dan penyelidikan di peringkat zon, negeri mahupun kebangsaan.

Artikel Penuh diperolehi daripada: http://www.utusan.com.my/pendidikan/4-harumkan-nama-negara-di-jepun-1.524947#ixzz4sVmOmuYJ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *