Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.19/2017

Salam Sejahtera / Warm Greetings.

Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’/ Prof / Dr / Saudara,
Pekeliling Pentadbiran UTM Bil.19/2017:  PENGISYTIHARAN CUTI UMUM SEMPENA TEMASYA SUKAN SEA KE-29
 
Selaras dengan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 maka Universiti menyahut arahan kerajaan dan Cuti Umum diberikan kepada seluruh warga UTM pada 4 September 2017 (Isnin).
 
Namun, semua urusan atau program yang telah dirancang lebih awal terutamanya melibatkan pihak luar perlu diteruskan seperti biasa. Semua staf yang terlibat dengan program yang telah dirancang dikehendaki bertugas dan layak mendapat cuti gantian.
 
Sehubungan itu, pendaftaran pelajar baharu UTM yang dijadualkan pada 4 September 2017 diteruskan sepertimana perancangan asal.
 
 
 
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
 
Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Pejabat Pendaftar / Office of the Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.


Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755
 

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *