PELAWAAN PERMOHONAN DANA KERAJAAN NEGERI UNTUK PROJEK KOMUNITI TAHUN 2017

Assalamualaikum W.b.t. & Salam Muafakat Johor,
Y.Bhg. Prof. /Prof Madya/ Dato’/Dr./Saudara,

PERMOHONAN DANA KERAJAAN NEGERI JOHOR UNTUK PROJEK KOMUNITI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

  1.     Sukacita dimaklumkanbahawa Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dibawah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) telah membuka permohonan dana projek komuniti berimpak mengikut titik sentuhan yang telah dinyatakan di dalam Bajet Johor 2017 bermula 1 Januari 2017.
  1.    Secara umum, pihak Kerajaan Negeri sangat menekankan projek-projek berimpak yang dapat meningkatkan pertumbuhan Negeri Johor selari denganPelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor (PPSJ). Sehubungan dengan itu, bagi semua ahli akademik yang berminat, permohonan adalah terbuka kepada projek-projek yang sedia adaatau projek-projek yang sedang berjalan dan baruUntuk makluman, segala keputusan tertakluk kepada keperluan dan fokus pembangunan ekonomi dan komuniti di Johor yang dibuat diperingkat Kerajaan Negeri Johor dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
  1.      Kepada staf penyelidik yang ingin menghantar permohonan tersebut, permohonan boleh dikemukakan kepada  Sekretariat IISJ (iisj@utm.my) sebelum 15 Januari 2017. Permohonan ini adalah secara manual, tidak perlu mengisi permohonan di dalam RADIS.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan pejabat CCIN ditalian 07-5537556 atau emailkan ke nurnaha@utm.my atau siti_nurhafizah@utm.my

Sila lihat pautan dibawah untuk borang dan garis panduan:-​

 DANA KNegeri

Sekian Terima Kasih

Siti Nur Hafizah Binti Soid/ Nor Hamizah Binti Hussin @ Mat Hussin

Sekretariat IISJ

Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ)

Universiti Teknologi Malaysia,

81310 Johor Bahru

Johor, Malaysia

Office:07-5537556 / 07-5530303Fax: 07-5537630

Primary Email: iisj@utm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *